Friday, December 26, 2008

rahmat seorang teman

Align Centersalam.
Hari ni dah hari jumaat. Bangun saja dari tido dah mula rasa berat kepala (pening n bengang je). Gigihkan jua membasuh baju di kala budak2 blok masih lagi tido. dari semalam aku kerap bersin. mungkin akibat mengemas bilik. namun pagi ini, menjadi-jadi bersinnya. Ubat anti histamin telah di telan. semakin lama badan pon jadi lesu. DEMAM. terpaksa la ke masjid bersama lipatan tisu untuk mengelap

pulang dari masjid, terus makan tengah hari di azura bangi. Lauk telah pon habis diwaktu ini. Makanlah lauk tempe goreng bersama sayuran kubis. Harga pon murah (rm2.40 je)

petang nya pulang. sah demam. telan panadol actifast dua bijik. kaki sejuk, tapi kepala rasa panas. huh!! apakahh!!. akhirnya terlelap dalam pukul 5 lebih membawa ke pukul 6. sedar2, selsema pon dah kurang. namun tak lama, selsema balik..heh.

setelah mandi, tgok cerita sin chan kat internet. Ceritanya pasal makan ketam. dr situ timbul keinginan makan KFC?? tak berkenaan betul...pelik2.
Tanpa diduga dah terberitahu pada seseorang teman.

Terkejutnya aku apabila bungkusan ini dihantar.

--KFC, kata mereka sedap hingga menjilat jari--

disertakan pulak air badak cap kaki tiga untuk meyejukkan badan.

--air ni memang familiar ngan kuarga aku, demam je mesti carik--


alhamdulillah- walaupun tengah makan banana cornflakes ketika itu. terima jah ngan hati terbuka. thanx a lot kepada pemberi. jasa mu ku kenang hingga akhir hayatku nanti.



--snack plate yang dah lama aku tak makan--

jap ag aku nak jamah. senangnya hati. moga segala urusan mu teman sentiasa berjalan lancar. aku sentiasa berada disisi mu memberi sokongan.

sebelum makan kfc, telan ag dua biji actifast.


--panadol actifast--

thanx again si pemberi..huhu

k, jumpa lagi nanti. yang lain nak kfc.. p beli taw... nyam2

0 comments: