Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010!

thank you Allah!

wish you all the good luck for the new year 2010!

for 2010: i just want to be a better person! my wishlist (completely p&c)

and for the coming new year. Cinta dalam hatiku entry will be in english version. Not completely but gradually! =]..

njoy ur holiday!

Tuesday, December 29, 2009

apoptosis vs necrosis

salam semua,

Alhamdulillah, cuti aku dah nak sampai ke hujungnya. Sedang bercuti pun aku masih lagi dibumi Ipoh mali ni. Alkisahnya, banyak benda harus diselesaikan. Syukurlah, hampir semua urusan akan sampai ke hujungnya, dan aku akan mulakan kuliah dengan riang gembira. Aminn!!

pelik atau tak, hari ni aku nak bawa semua rakan-rakan blogger belajar berkaitan patologi! Ada benda menarik yang ingin aku berikan. Kalau cari dalam buku pun ada. Hanya berkongsi, lihat sama ada boleh dipakai atau tidak.

Apoptosis secara mudahnya kita boleh terangkan sebagai proses kematian sel dalam badan seperti yang dirancang. Puncanya, mungkin disebabkan sel tidak lagi diperlukan atau mendatangkan mudarat pada sel-sel yang lain. Kematian sel ini tidak akan menyebabkan apa-apa perubahan terhadap tisu dikawasan tersebut melainkan sel tersebut mati dan diserap (oleh sel phagosit).

Berbanding apoptosis, nekrosis adalah keadaan sel yang mengalami kecederaan dan kebiasaan akan pecah. Selain merosakkan diri sendiri, sel ini juga akan menghamburkan kandungannya, menyebabkan sel-sel berdekatan rosak. Hal ini akan menyebabkan berlaku perubahan pada tisu kawasan tersebut. amin!

haha, bagi yang tak minat biologi tu, tutup sikit mulut bila menguap!
Begitu jugala manusia, kita boleh jadi jenis apoptosis dan jenis nekrosis (jangan memandai cari dalam buku plaks!!). Ada yang berjuang untuk kebaikan orang-orang disekelilingnya. Apabila tak diperlukan, dia akan pergi tanpa melukakan perasaan orang lain. Ada juga manusia, apabila mempunyai sifat dendam dan benci. Selalunya akan mengheret manusia lain untuk sama-sama merasai apa yang dilalui.

jadi apa pilihan hati?? jenis A atau jenis N...haha

Tuesday, December 22, 2009

enaknya rasa teh o lipton!

sedapnya rasa teh o lipton membuatkan kita senang untuk pergi membancuhnya. walaupun terpaksa tunggu air masak, terpaksa kacau gula, terpaksa basuh mug besar (kes tak reti basuh pas minum semalam) dan segala yang terpaksa lah. Hiremeki katanya, dapat ide pas minum teh o lipton! MenaRIK~ sekali hirup, aaaaahhh..segarnya! sedapnya..hilang semua perasaan stress dalam hidup ni..

tp aneh nya, mungkin dalam diri aku aje kot. bila nak buat benda baik.. masya ALLAH, ya ampun punya la beratnya minda ni nak percepatkan pergerakan! nak study? subhanaALlah, baru bukak satu page, mata dah macam menangis mengantoks. mana silapnya? penat aku bertanyakan pada diri. Niat? entahlah, aku pon kurang pasti.

mungkin inilah cabarannya. Mahu lihat kesungguhan dalam menghadapi hari-hari mendatang. tak semuanya mudah macam nak minum air teh o! dan tak semua susah. cuma perlu ada pencetus dalam melakukan sesuatu!

pada yang mengenali, tak salah ingatkan aku tentang perkara akhirat dan ingatkan aku tentang pelajaran! semoga kita sama-sama beroleh kejayaan! amin!

wasalam buat semua!

Sunday, December 20, 2009

penghijrahan demi sebuah pengorbanan

salam buat semua blogger yang dikasihi!

Alhamdulillah, dah 3 hari kita menjejakkan kaki di Tahun Baru Islam. Sempena dengan tahun baru ni, macam-macam la yang berlaku. ada yang memikirkan azam yang belum selesai, tak jugak yang gembira kerana azam dunianya telah tercapai. Alhamdulillah!

Syukur la, azam tahun yang lepas ada yang telah dicapai (walaupun azam carry forward ntah tahun ke berapa ntah!!) dan ada jugak dalam proses penyempurnaan! kenangan manis semestinya kerana aku berjaya dapatkan segulung Ijazah tepat pada waktunya, tepat pada kosnya dan tepat pada keputusannya! tapi bukan itu yang manisnya berlebihan membangga diri, akhirnya membawa kepada sikap angkuh dan sombong! Paling bahagia apabila dapat menggembirakan hati IbuBapa yang selama ini berkorban untuk diriku!

Alhamdulillah juga, impianku sejak dizaman sekolah yang telah beberapa kali gagal dicapai, akhirnya berjaya juga, namun kali ini, kegembiraan di ikuti oleh tanggungjawab yang maha dahsyat. Hampir lima bulan aku menjadi stud perubatan. ada suka, ada duka, ada tension, ada yang aku buat dunno aje (ahakss). InsyaAllah, akan aku tunaikan juga azam ini! sama-sama la kita berdoa.

Kedua-dua kisah ini membawa aku ke satu lembaran lain dan memerlukan pengorbanan (seriously!). Tak semua manusia dapat merasa nikmatnya berkorban. Justeru itu, syukur la untuk pergorbanan yang telah dilakukan. kerana ALLAH lebih mengetahuai segalanya!

Azam tahun baru? biar la RAhSIA..bising-bising takot tak tercapai pulaks... ape azam korg pulaks? hehe

Tuesday, December 15, 2009

terima kasih -xie xie-

salam n terima kasih,

bg yang sudi lawat ke blog aku neh. sihat ker?

alhamdulillah, dah masuk modul ke 4 aku tempuhi sebagai pelajar kat kolej ni. syukur juga sebab aku lulus modul musculoskeletal and skin yang lepas, walaupun tak la banyak sangat naiknya. Thanx buat lecturer dan kat semua yang terlibat (ayat cam dah lulus dapat ijazah plaks).

terima kasih gak buat MARA. sebabnya loan aku dah approved! dengan segala hormatnya aku dah berhutang dengan MARA sebayak rm 300K++. (haha..sapa nak kawen ngan aku leh la nnt share2 hutang nie). InsyaAllah, aku tak kan sia-sia kan peluang ni. Dah grad n kerja nanti, aku janji bayar balik semua pinjaman ni. Tak lupa gak buat PTPTN, rm 21K tu nanti bulan januari aku start bayar pelan2. bagi blogger2 yang ada hutang tue.. bayar2 la ek, lagi2 hutang pelajaran ni. at least kita berterima kasih sikit dan bg peluang bagi generasi seterusya. (aku x ditaja untuk nasihat ni).

bercerita tentang terima kasih. Kadang kita lupa walaupun hanya dua patah perkataan, maknanya sungguh mendalam. Jasa dan pergorbanan tak semestinya di balas dengan wang ringgit dan hadiah yang mahal2. hanya dengan terima kasih semuanya rasa terbalas. Kadang-kadang sebagai manusia kita cepat terlupa, jd n3 ni sebagai nasihat untuk kita sama-sama beringat untuk sentiasa berterima kasih dan bersyukur!

tak de idea sebenarnya nak menulis, kepala dok pusing belajar pasal jantung. anggap la ni khidmat sosial aku untuk masyarakat! tq

Monday, November 30, 2009

penat~

salam kepada semua!

start hari ni awal, kul 3 pagi dr mula merayau-rayau. siap dah pakai baju kemeja nak ke kolej.. selesai mandi, siap2 terus jalan2. laju gak la. tp srunuk berteman.

subuh hari ni di masjid hospital. serunuk, rasa esok pon nak gi subuh disana lagi..awal pergi kelas.. leh baca buku. almaklum la kitabnya xdidalami lagi.

mulakan hari dengan melawat jabatan pengimejan diagnostik (xray). hanya mencukupkan syarat, tapi best la dapat tgok CT Scan ngan MRI prosedur dari dekat...cam ER plaks.

paling mengejutkan dapat tengok autopsi kes kemalangan di tempat kerja. nasib la hanya bedah siasat luaran sebab yang di dalam sudah terkeluar..komen? NO!! xmo ingat ape2 pasal benda sane.. ada 3 kes td.. tapi plisss... xmo ingat! biarla klinikal nanti ambil port!

petang pulak ada klinikal skill. kena prektis ambil pulse, tekanan darah, body temperature, body mass index..dan guraw2...penat~~~

malam ni pulak, kena buat projek mandarin... rakam2 bagai. ape nak buat. gatai tak mo transfer credit aritu...hehe

plisss.. MARA...nak duit...saya sgt perlukan..saya janji belajar betoi2!

Sunday, November 22, 2009

sihat sebelum sakit!

salam





"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian


Melainkan yang beriman dan beramal soleh


Demi masa sesungguhnya manusia kerugian


Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran




aduh, dah masuk dua hari aku sakit perut. tak tahu mana puncanya, mungkin proses pembersihan kot. dengan anginnya..'cibit ribit' (baca= diarrhoea)nya..alahai. mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Malas nak g ke klinik, aku cuba terapi aku sendiri.. buh minyak angin, krim halia, minum air biodisc, minum teh pekat, jap ag nak buat teh halia. Nampak dah ramping sikit perut aku neh..kalau tak baik juga menjelang esok, tak taw nak cakap la.. dah la esok kena g wad..!! damn, i really don't like ICE module...cam shhh. layan jela, nak buat cam ne, kalau aku sorg jer yang tak suka. ada pro n contra nyer la. ape yg ada minggu ini adalah exam mandarin, CAS presentation n cuti raya haji.. ngeee!




entah la, aku rasa bosan ikuti program ICE ( baca= pendedahan awal klinikal). dok masuk keluar hospital. tapi aku rasa banyak masa terbuang.. HADIR seperti tak diundang. tp dari segi positinya, aku lagi semangat nak habiskan 2 tahun pra klinikal ni. Tak dinafikan, ada yang seronok dengan kehadiran kami.. thanxx for those who really wants to share sumething..




Masa dirasakan semakin pantas berlalu, kadang terfikir juga mana aku habiskan masa-masa yang ada untuk faedah diriku..mungkin titik permulaannya di sini.. bila kita sakit, mula lah terpikir bertapa bertuahnya kalau sihat.. dah sakit semuanya susah..hati susah, nak makan susah...macam-macam la susah! jadi bersyukur la dengan apa yang ada... kalau tak...malas nak cakap! LOSER!

malu sudeyh...nyorok belakang tiang!



Wednesday, November 18, 2009

kesitu kembali!

dr permulaan yg telah jauh ditinggalkan..

kini bermula semula di tapak permulaan...

dengan semangat dan kecekalan..

kepercayaan...

dan kesetiaan sebagai santapan harian..

walau sehalus butiran pasir pengorbanan..

pasti di balas penghargaan dan senyuman...

18/11/09

Monday, November 16, 2009

berhabuk sudah!

salam warga blogger semua...

rindu sangat nak menjejakan tangan menulis entri kat blog ku ini.. dah lama dah nak membuat n3 baru, tapi ada aje masalah yang timbul. Entry hari raya terpaksalah dibatalkan..sebabnya everytyme nak download gambar...ada aje yg sangkut. xpelah, bukan meriah mana pun raya tue..biar aku je yg taw betapa bestnya ia...lalalala..

pejam celik..celik pejam..pejam celik...
dah masuk empat bulan aku kat kolej perubatan ni. dua modul telah berlalu, dan kini aku berada di modul ketiga.huh..pantas sungguh masa berlalu. takut juga rasa hati ini, sedar-sedar nanti dah dekat dengan final exam.

Gemuruh?
Yup, aku memang gemuruh bila berdepan dengan soal kehidupanku. Walau dah banyak exam yang aku tempoh, tp penilaian modul ini agak sukar bagi aku. Di sini, aku mempunyai 3 paper sahaja berbanding di UKM dulu, satu sem boleh cecah 8 paper aku kene jawab exam.

tapi yang membezakan kertas soalan perubatan dengan peperiksaan di UKM dulu adalah semua subjek yang dipelajari akan dimuatkan didalam ketiga-tiga paper td. Jadi, kalau kita missed study any of those topic, jawapannya...mati la kaw!!

Paper yang paling best ialah paper EMQ (extended Modified Question), kes akan diberikan dalam paper ni.. kemudian diikuti soalan dr anatomy, physiology, biochem dll..
Paling xmenggembirakan paper OSPE!!! 4 minit x cukup wo!!

insyaAllah, aku akan teruskan membiasakan diri dengan keadaan ini..haha
mengenai results Foundations Module- biarlah rahsia.. =P

mulai dr 16/11 hingga 4/12, Modul Intro to Clinical Exposure dah bermula. kena la pergi melawat wad2, klinik kesihatan, OT, Morgue dll. Perasaan= segan!! sangat segan sebab kena pakai white coat.. bukan ape...rasa diri ni xcukup ilmu lagi nak pakai macam tue...muda sangat lagi kat kolej..

pembelajaran hari ini adalah cara mengelakkan jangkitan..scrub2...n scrub!

17/11- 8.oo pagi : wad 24 Hospital Raja Permaisuri Bainun (psychiatry)
2.00 ptg : Physiotheraphy unit...


lalala...k la...nak tido, xmo terlewat macam td...waaaa
adios...wasalam!!!


~~rindu kat kawanku semua~~
gambar sekadar hiasan, tiada kene mengena ngan entry..oit gune otak la...bwekss..

wasalam!!

Monday, October 5, 2009

22 usia ku (2009-2010)

salam,

Alhamdulillah, dapat juga jejakkan jari kat kekunci lappy ni. alkisahnya, pembentangan penyakit sakit otot hari ini tidak begitu memberangsangkan. mungkin tak cukup bersedia. alasan lapok anak baharun ni sejak bertahun lamanya. InsyaAllah, pembentangan seterusnya aku akan lebeih berusaha. Alhamdulillah juga, pembelajaran menjadi semakin baik, dah mula pakai 'flash card anatomy' untuk hafal otot-otot. Seronok juga dah mula pegang 'cadaver' walaupun hanya tangan. Namun aku sentiasa ingatkan dalam diri, 'cadaver' ini pernah menjadi manusia suatu ketika dahulu. Jadi kita mesti hormat akan jasad yang tinggal kerana ilmu yang kita pelajari juga terhasil sedikit daripada penggunaannya!


~my ILA group member~

Seperti yang dijanjikan, aku nak sampaikan n3 berkenaan hari jadi ku pada 14 September 2009 yang lalu. Terima kasih semua, terima kasih mama, terima kasih ayah, terima kasih kamu, terima kasih kawan-kawan ku. Banyak juga ucapan selamat dari semua. Amin, semoga Allah makbulkan segala kebaikan yang didoakan.. Seperti biasa, mama dan ayah mendahului yang lain dalam memberi ucapan. Walaupun sekadar ucapan dari SMS, aku tetap bersyukur, kerana menjadi anak kepada mama dan ayah! Hadiah terbaik untuk diriku adalah kamu berdua!!

Diikuti panggilan dr kamoo... haha, thanx.. ceria sungguh hidup ini dengan kehadiran kamoo.. melengkapkan kebahagiaanku yang telah lama wujud bersama mama, ayah dan keluarga. Pendorong, pelawak, pengusik, pengutuk, penyebab rahang dan otot muka sakit akibat gelak ketawa semuanya adalah kamoo.. thanx!! so much!! pasti ini adalah teman terbaik yang pernah aku jumpa, yang mampu menangis ketika ku susah!! semua telah terbukti dan aku sgt hargai pengorbanan kamoo!!

buat rakan-rakan, yang telah lama aku kenali, mahupun yang baru! thanxx bg semua ucapan. paling membuatkan aku terharu adalah sambutan hari jadi yang jarang-jarang bg diriku.. siap ada doa lagi tue Asrul baca.. Thanxx... thanxx raudah, thanxx bubek, thanxx fathul!!!! sgt terharu!!

baiklah, dah merepek banyak sangat..

semoga umur dah bertambah ni..

saya Mohammad Safwan Hakimi bin Baharun:

akan menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa

belajar bersungguh-sungguh ilmu dunia dan akhirat

semakin matang tapi tetap ceria =]

menjadi lebih berdikari dan berdisiplin...

aminn!!


Sunday, September 27, 2009

bersabar la....

salam...

dah lama sungguh aku tak layan blog nie..
semua angkara kemudahan FB yang aku terlayan la pulaks..
keadaan diri yang masih nak sesuaikan diri dengan kehidupan baru juga menjadi halangan..
masih tak biasa nak uruskan hal rumah sewa, barang rumah, bayar bil dan mcm-macam ag la..
keadaan di IPOH?.. GREAT but nd to carefull with alien at the college!
real alien! bullshit!! real F@#^ bullshit!!
not mention any names- so still hv a great tyme to be guddy2 boy to everyone!!
xmau keadaan di UKM berlaku di sini..

nilai pertama: RESPECT!
nilai kedua: KESUSAHAN!
nilai KETIGA: MATANG tapi CERIA!!

semua ini bakal aku masukan dalam n3 berikutnya....

happy birthday to me yang ke-22- 14 sept yg lalu..
thanxx bg yg sungguh2 nak buat sambutan kat aku...
really appreciate it!
thanxx kat mama n ayah! hadiah bermakna buat diriku adalah mereka!
thanxx buat yang aku sayang!
semua sungguh indah akhir-akhir ini!

tapi aku ingat ini bukan nokhtah perjalanan diriku.. SENTIASA INGAT
kerana aku merangkak dahulu sebelum aku mampu berjalan sekarang...
seterusnya aku akan berlari...mengejar cita-citaku!
hidup tidak senang adik-adikku (kerana layak bg nasihat kat adik2 jer)
mungkin kita bertuah berada pada sesuatu yang kita ingini...
jangan megah dengan kejayaan seketika... ini pesan aku pada diriku!!
mungkin aku juga terlupa...INGATKANLAH...
kerana destinasi kita sama..cuma cara untuk sampai mungkin berbeza!!

masih tak terlewat nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA
maaf zahir dan batin...

hakimi lelaki baik =]

next n3:
-hari jadi
-hari rayo
wasalam!!



Monday, August 31, 2009

mak selalu berpesan...

salam...

mak selalu berpesan. buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sekali.
disebabkan otak yang semakin menepu ngan nota-nota sekarang ni, aku berniat untuk menceritakan pasal cerita lama...(perhimpunan Perdana : Persatuan Perubatan Islam Malaysia- Student chapter). cerita first activiti bersama ngan kolej di 'chenta'
(nak elakkan ukm kecik hati)..haha..

sepanjang 3 hari activiti ni, macam-macam program la..tapi program masuk gua dan khidmat masyarakat la yang besh..tak dilupakan activiti naik cameron highland. Ni kali pertama sejak aku akil baligh menjejakkan kaki di tanah tinggi ni..hehe.

tak larat mengarang panjang-panjang. layan sudeyh! ( bg yang ada masalah kekejangan usus dan lemak berlipat, disaran kan agar tak tenung gambar lama-lama.....larikss)



resort kat padang rengas amatla berhabuk. aku lelap lambat...bangun plak awal. paling best mandi air sungai, tp dalam kolah la. hehe..water wars!!


ni pulak bro shafiq. studnt CUCMS.. paling mengancam dier punya kamera la.. haha...nice to know u!

ni acara rekreasi...masuk gua...first tyme..agak best la...walaupon banyak kali jatuh cam nangke busuk...sorry pada kumpulan belakang aku...akibat gaya seksi aku jatuh korang lambat..ayaks...mati la kne tembak! (waaa.. rindu baju camel ijau tu...tertinggal kat resort..hehe skali ngan b---r..lalala)


heppy dapat lepas gua walaupon dah near maghrib..ingat kata-kata raj (senior phase 2) waktu kene lift aku kat celah b4 nak kuar..ayooo! (abaikan ape yang anda nampak...kamera trick je tue...)


hehehe...action kamen...beam..beam...beam

aku ngan dak botak...hahaha..tak taw waktu pe ni...mybe ngah makan bbq...lapa!!!

keesokan harinya adalah program khidmat masyarakat..aku kene join station check blood pressure.. my mentor is en salam (i'm afraid to publish ur picture..takot takde restu) ..tenkiu2...dapat gak belajar sumetin...selain aku merayau-rayau..


botak poyo...padahal aching2 je


bahgia adik2 ku


guess whose the comeist one??!!


pendekar sopan santun


cpr after been molest...ayaksss...lariiii


wit my buddy...saudara asif!!

abes je...packing...terus nak gerak ke cameron highland dr padang rengas...scary ar jalan g cameron!! layan jela kat cameron ni...


sebahagian bunga


ni student dari manipal melaka


ni student phase 1a dr RCMP


muka before nak makan...lapaaaaaaaaa


depa tgh main mainan kat atas...kiteorang lari...perut kenyang ...senang hati...maka banyak la setan menggoda!


lompat!!


haish...dak botak ni tak fotogenik betoi


basuh tangan kat sungai ke??..jgn longkang sudah...kesian bad jd watak xtra


hehe..jgn jeles


haha...



lalalala...

apepon yang telah terjadi...banyak aku pelajari dalam trip ni...paling penting ukhwah antara kita lebih rapat..k la...nak study lu...exam semakin hampir...harap dapat yang terbaik kali ni!!! aminnn


wasalam.












Wednesday, August 26, 2009

dan pabila bunga ros mula layu....

ku persembahkan sesuatu kepada mu























wasalam

Friday, August 7, 2009

bulatkan hati

salam,

akhirnya- end of the hectic week for the Foundations of Medical Sciences (FOMs).. perhaps!

so next week i will hv holiday!! OMG...OMG... seminggu cuti weyh.. tapi aku dah bulatkan hati nak join program PPIM (7-10 ogos) yang detailnya akan aku post kan kemudian...

bulatkan kan hati?? pandai-pandai je aku nak berbahasa.. tapi macam pernah dengar je pasal benda ni. Mungkin aku salah, tapi aku memang pernah dengar pasal bulatkan hati. (almaklumla, o-level malay lang= bahasa tamil for dummies) hehehe...

ape shj la aku nak kena bantai pas ni... tapi aku bulatkan hati tetap nak hantar n3 ni...

macam2 yang terjadi.. kalau aku tak bulatkan hati...mungkin aku lebih merana... tersekxa...
tapi aku bulatkan juga hati untuk terus bersungguh-sungguh menggunakan ruang yang ada bagi meletakkan aku pada kawasan yang selamat.!!

aku sangat selesa sekarang... ada rakanku yang tahu ape matlamat hidupku..mungkin sorang sahaja...dan mungkin dier tak pernah baca blog aku... hehehe..

tapi sebenarnya, aku setiasa bulatkan hati untuk mencari zon selamat itu..dalam apa juga keadaan.. sebab aku takot akan kehilangan.. mungkin aku trauma dengan kehilangan...dan aku ta' mahu merasa kehilangan yang semestinya aku telah lalui...

apabila telah bulatkan hati...mula pula episod pengorbanan. Fullstop.. takkan ada penjelasan!




kalau la semangat dan kecekalan aku bulat macam artery ni...pasti aku dah jd yb menjelang umur aku 25 tahun..hehehe..

hargai apa yang ada...kerana apa yang ada adalah jiwa kita yang pernah membangkitkan memori yang terindah...

so,
bulatkan hati= tekad, cekal,tabah :)

wasalam...doakan pejalanan ku harini

Thursday, August 6, 2009

saya ta' siap sempurna

salam....

manusia ta' diciptakan sempurna kan..kan...kannnnn

saya pon ta' sempurna... dan takkan ada benda yang sempurna selain ALLAH!!

saya penat semalam... jadinya I'm not a perfect person!

tapi saya akan tetap berusaha mendapatkan pencapaian yang sempurna...

tapi tutor biochem ni tak siap--- jadinya saya masih jauh dari sempurna yang saya idamkan...

saya..... saya....saya...


(hehehehe....ni alasan nak bagi kat dr kang... enzymology... nape aku kureng paham ek!! tibe2 teringat burger...kimi dah gilo!!!

bye,,, nak g kolej...wasalam

Tuesday, August 4, 2009

saya mahu tidur

salam

penat sungguh rasanya, walhal kelas tak padat pon hari... tapi saya berjaga malam untuk membaca buku semalam.. dengan bantuan kopi, saya tak mampu tidur hingga ke pagi..

hari ni saya ada dua kelas sahaja... tak termasuk kelas agama islam dan tayangan transformer... esok saya bakal ada jadual yang amat padat bermula dari pukul 8 pagi hingga 5petang... saya perlu bersedia...sangat bersedia.. dan saya sangat-sangat ingin berjaya...

rasa nak pengsan bila tak cukup tidor.. kalau dapat masej istimewa mesti bertenaga balik...huhu...

tak sabar nak pergi padang rengas ngan cameron highlands... nak buat khidmat masyarakat dan belajar teknik asas perubatan...hahaha

k la, wasalam... nak lelap seketika....

Tuesday, July 28, 2009

akhirnya objektif tercapai!

salam,

berita hangat lagi sensasi.. baru balik dr kolej, penat+memeranjatkan+terpersona+rasa bersalah and etc

i'm not a bad boy not yet a nice guy!

sorry to all the phase 2 student... i admit the stupidity of myself doing the 'hot stuff carelessly'.

tp rasanya ada pro n kontra perjumpaan tadi... suasana agak hangat apabila pengerusi gagal mengawal emosi. sorry to say.

matlamat orientasi adalah untuk kita rapat bersama. saya datang dengan harapan dapat berkenalan dengan senior yang lebih muda setahun dari saya. Hormat tetap hormat, saya hormat anda semua kerana ILMU.

diharap pihak pengelola dpat membuatkan satu gaya orientasi yang lebih 'matang'. lets do a activity the can get us along! not by collecting ur signiture! lapok! Biar kuantiti kurang namun kualiti nya ada...mungkjin saya salah...

maaf la, saya pon ada kurangnya. salah tetap salah saya.. from ur side- muhasabah diri sendiri.. Profesionalkah kita bila menggunakan emosi dalam mencaturkan tutur kata...sebelum berbincang mengenai profesionalisme kerjaya.. cermin dahulu profesionalisme peribadi dalam menghadapi situasi sebegini.

sekali lagi, mohon maaf saya pinta..
harap semua telah kenali diri ini..
insan baru bertatih dalam dunia pembelajaran perubatan...

ikhlas dr junior anda:
mohammad safwan hakimi bin baharun
SmSn (Biology) UKM
Phase 1A MBBS UniKL RCMP.

wasalam

Monday, July 27, 2009

kasih seorang abang!

salam,

mendung hari ni.. tapi aku still ceria, petua awet muda sentiasa...

aduyay, aku terlewat g kuliah histology arini... sampai lewat 10 minit baik xyah masuk hall, mati kene sembur....

alkesah kaisaranya, adik aku kene histeria kat apartment kolej segi...tingkat 10 plak tue...

kasih seorang abg, wisau siot bila aku call kawan dier dengar adik aku menjerit2... nak je aku ke sana (gilo gamaknya..)

nasib baik parent still kat rawang...

anyways, thanks to oyen the blacky rose n her sister yana the 'yeya' (selamba je aku)

aku agak bz la skrg, bz ape pon aku kurang pasti... yang pasti aku sedang study... now nak buat tutor med biochemistry... aku suka subject ni...wargh... ganbatte!

wasalam semua!!

Saturday, July 18, 2009

dunia baru ku!

salam,

lama aku tak menjengah blog aku ni.. rindu amat rasanya. bukan sengaja tak mahu menulis, cuma masa yang agak tidak mengizinkan. terima kasih bagi yang sudi membaca dan meninggalkan komen.

syukur, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya aku masih mampu berdiri menempuh cabaran hidup yang mendatang. sudah seminggu aku bergelar pelajar RCMP. indah sungguh berjumpa dengan kawan-kawan baru. satu tekad! kami pasti berjuang.....

aku baru sahaja pulang dari pulau pangkor kerana menjalani kursus induksi selama 3 hari bagi mahasiswa RCMP yang baru. amin- selesai juga program ini aku lalui. Terima kasih buat semua, kalau tidak, mesti aku kebosanan yang teramat sangat! Segala pengajaran yang aku dapati dari kursus ini, biarlah menjadi peringatan bagi diriku sahaja...amin!

******
huhu
skema juga ayat atas ni.. k la,

nak cerita mai pasai kawan-kawan baru aku..
Student MBBS kali ni seramai 102 orang dengan hanya 19 pelajar lelaki (2 non bumi). Teramatla mesra, meskipun baru sahaja berkenalan. Most of them pangkat adik la padaku, cuma 3 orang yang aku wajib panggil abang. hahaks. malas nak cerita panjang2, tangan aku pn masih sakit sebab kene pumping 30 kali...huhuks...gtaw mak!



-15/19-


-dah selesai leh la eppy2-


-one group-

k la, nak rehat...

wasalam






Friday, July 3, 2009

begitu indah takdirNya

salam,

apa khabar semua.
orang kata, kalau dah rezeki tak ke mana kan! tapi kalau tak usaha, mana dapat hasilnya. Paling penting ini ketentuan dariNYA.

Alhamdulillah,

Syukur pada Ilahi, kepadaNya tempat aku bermohon. 2 Julai 2009 tepat jam 0951, permohonan rayuan aku untuk menyertai bidang perubatan telah diperkenankan. Sebak sangat waktu terima panggilan. akakakaka.... badan je besar aku ni, tapi hati basah2.. kah3. Banyak sangat ranjau dan dugaan aku hadapi sebelum dapat tawaran ni. Kalau nak diingat balik, memang korang tak kesahkan..haha.. Tapi inilah buktinya, kalau ada usaha... semuanya boleh jadi realiti tapi kena berharap banyak pada Pencipta kita la kan.

Mulai 12 Julai 2009:
  1. aku akan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS)
  2. aku akan duduk di Ipoh
  3. bermulanya semula kehidupan sebagai mahasiswa tapi kali ni mahasiswa yang dah bergelar graduan.
  4. Kena cari kawan-kawan baru, kebanyakan sebaya dengan adik aku. Takde masalahnya, yang penting nak belajarkan.
  5. Aku akan ada baki pinjaman rm 21K dengan Ptptn dan RM 290K dengan MARA
  6. Nak buang semua sikap negatif dalam diri dan tambah mana yang perlu.
  • Nak bangun awal pagi sebelum subuh.
  • Tak mau dah ada sikap bertangguh.
  • Kena banyak berdikari cari ilmu. Dulu hanya libatkan haiwan, sekarang aku libatkan manusia.
  • tak mau malas-malas.
dan aku harapkan sokongan dan doa dari semua kawan-kawanku! Tempoh 5 tahun memang agak panjang, tapi hari pasti berlalu.....

k, panjang sangat ni, berpisah dulu!

wasalam

Tuesday, June 30, 2009

penantian satu penyeksaan!

salam,

masih menanti...menanti...menanti...

selepas semua selesai, nanti aku story!

doakan yang terbaik semua!


Sunday, June 21, 2009

kerisauan mencengkam diri...

salam...

susah aku nak gmbarkan perasaan la ni. bercampur baur, KOSONG.... aku rasa sangat kosong.. masih lagi terkejut perancangan hidup yang tiba-tiba berubah. Aku sgt takot, jika rayuan masih tidak berpihak padaku... aku juga takot, kalau rezeki pekerjaan lambat ,menjengah kehidupan ku...
sangat kosong dan aku sentiasa berada dalam lamunan...

Ya Allah, kuatkanlah semangat dalam diriku! aku aku tabah menghadapi ketentuan Mu. Sesungguhnya perancangan Mu amat besar hikmahnya. Ya Allah, ku bermohon agar diberikan nikmat ketenangan bagiku menghadapi cabaran ini.. amin!

Sunday, June 14, 2009

15hb Jun 2009- satu permulaan atau....

salam,

walaupun dah ada broadband, aku masih malas nak berblog pas kuar ukm ni.. takpe la.. meh tiup sikit habuk2 nie...fuhh!

esok hari penentuan untuk aku mendapatkan tempat ke dunia perubatan! tepat 9.00 pagi esok hari, aku akan menghadiri ujian kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS - UniKL RCMP). DOAKAN AKU SEMUA!! Mudahan2 aku tergolong dalam 100 orang pelajar perubatan untuk sesi hadapan. 3 tahun aku tunggu untuk dapatkan peluang ini... semoga semuanya berjalan lancar.

amin!

Thursday, June 11, 2009

ops!

2 A- , 2 B-

Tuesday, May 19, 2009

selesai>!!

tepat pukul 4...aku sgtla bz... sebab waktu ni aku tengah menghantar TESIS yang aku jilid td..

mahal wo... kene dua kali ganda caj! elok rm 10... aku kene bayar rm 23.. tu baru satu.. aku jilid 4 bijik.. huhu.. k la

DOAKAN aku diterima masuk ke KOLEJ PERUBATAN DIRAJA PERAK - UNIKL.

wasalam!!.

Sunday, May 17, 2009

aku selepas dari UKM

salam,

mungkin ini n3 yang sangat pantas. Sebab kimi kat cc kat rumah. Doakan permohonan broadband dari ayah direstui!

belum lagi tamat dunia kimi kat UKM. Tesis belum dijilid dan belum dihantar. ada sedikit masalah. Mungkin dalam 21hb ni selesai la.

pelbagai program selepas ini, tambahan pula ayah baru sahaja bersara 15 Mei yang lalu.

Apapon:
Borang MBBS akan dihantar 25hb ini (Doakan).

K la.. xleh lama2.. semoga rakan blogger sihat sejahtera dan baik2 sentiasa!

wasalam

Tuesday, May 5, 2009

ini bukan penamat!

salam,

dah lama rasanya tak menulis blog dalam keadaan fikiran yang normal. namun kali ini biarlah ianya nampak teratur. Sementara menanti kehadiran waktu isya'. Kimi gunakan masa ini untuk menulis blog.

Akhirnya, esok pagi, habis la semua subjek yang perlu kimi ambil untuk mendapatkan Ijazah. Kertas terakhir bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 10.30. Selesai sudah musim peperiksaan ni. Macam-macam gelagat kimi, yang kimi sendiri nilai.

InsyaAllah, kimi akan buat yang terbaik esok. Bermula petang rabu ni, mulalah kimi kemaskan barang untuk dihantar pulang. Doakan terbaik buat kimi, masih terdapat satu dua perkara yang harus diselesaikan selepas peperiksaan esok.

sampai sini dahalu. Nak rehat-rehat. Wasalam

Sunday, May 3, 2009

kenapa dengan hati ?

semalam aku gembira......

hari ini aku gembira....

lusa aku gembira......


namun, aku dapat rasakan sesuatu...

kerana, saat ini aku masih gembira!


sukar untuk diluah dengan kata -kata...

hanya terima kasih buat segalanya!


p/s: semoga ceria, gembira dan pulang semula!

Saturday, May 2, 2009

Deklarasi!

Salam..

Dengan ini, Saya mohammad safwan hakimi bin baharun mengisytiharkan bahawa saya


sangat gembira
..


sekian, wasalam

Monday, April 27, 2009

tag dari encik botak! ngee~~

salam,

dah lama rasanya tak buat label2 ni. Kimi pon tak berapa nak buat label(Tag) ni. Maklumla, ratu segala label adalah oyen sesuatu tu. Malas nak jadi puteranya.

Tapi kali ni nak buat label dari abang botak. Bro lu ensem la botak. Kimi mmg suka membotakkan rambut, tapi now tengah seksa nak panjangkan rambut. Dah la 29 hb ni exam, sejuk la kepala kena blow ngan angin sejuk dalam DECTAR tu. aaachum!

label dari encik costarica adalah:

apa nama blog anda dan mengapa anda memilih nama itu?

pada mulanya blog ini diasaskan dengan menggunakan nama bULBul. atas dasar nak senang cerita dan nukilan dari oyen sesuatu. Haha, ULB tu huruf besar. UNTUK LELAKI BUJANG!!.. hahaha.. takde la, sekadar corak.

sekian lama menggunakan bulbul, akhirnya blog kantoi dibaca kakak kimi. Heboh la satu rumah, sekali ngan pakwe dier gelakan aku! cis!....

timbul idea menggunakan nama penjenamaan semula diri aku, alhaqimi. ringkas dan menarik!

tagline blog: ini kehidupanku menuju jalan abadi!
semua cerita hidupku ada disini~~suka suki la nak tulis, tapi masih lagi mementingkan kimi selaku watak utama! ngeee...

apakah pautan blog anda sekarang dan bagaimana ide untuk menamakan seperti itu?

http://alhaqimi.blogspot.com
- ide? ingat nak guna link
http://costaricay.blogspot.com/
tapi encik costa dah pakai... tukar nak? :)

apakah kaedah penulisan dalam blog anda?

kimi jadikan blog sebagai diari kimi. Tapi tak semua la nak dimasukan. Apa yang kimi rasa nak upload jela. Kimi tak suka sedih2! biarlah blog mengambarkan betapa CERIA nya HAKIMI ini!! yahuuuu!!

pernah tak rasa mahu menghapuskan blog anda?

never!! haha, kimi sayang blog kimi.. banyak kenangan kimi ada dalam blog ni. setakat ni adala dah delete akaun friendster.
kepada yang sudi nak komen, nasihat, puji, keji, cerca, hina,maki. dipersilakan. Hanya Allah sahaja yang layak membalas jasa baik kamoo.
semoga dengan cara ini, kimi dapat perbaiki diri ini.

apakah pendapat anda tentang pemilik blog yang men label anda ini?
(tukar soalan sikit)

- nampak baik (haha).. mmg baik kot.. cuma tak kenal lebih mendalam..
- hari tu encik costa sakit, harap dier cepat2 sihat.
- nak kenal sgt sape DIA tu!! bgtaw la encik costa!
- agak stailo la bro ni.. smart!
- dier manusia...larikss

label orang lain?
xpe la...


bagi kawan-kawan kimi yang ada hantar tag, nanti la kimi buat.
thanks buat kamu!!

http://shafie87.blogspot.com/


http://homosapiensz.blogspot.com/

http://www.ifin9.blogspot.com/

http://maysyda.blogspot.com/

ni kawan-kawan yang ada singgah di shout out untuk gtaw ada award or label. thaks ya: tapi ada masa nanti akan diambil dan dibuat!!

k la... dah ujan ni, nak mandi.....

wasalam