Saturday, January 31, 2009

cute ker??



salam

1. Copy Badge Cute Blogger Award untuk diletakkan di blog anda.

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

3. penyampai anugerah : dah LAMA dzulagil bagi:

dzulagil


bul pilih link kan yer!!

link blog :

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memberikan anugerah ini kepada pemenang seterusnya.

  • putera tunggal dari 5 puteri
  • masih menuntut di UKM major Biologi Haiwan
  • InsyaALLAH akan menyambung pengajian di UniKL-RCMP dalam bidang Perubatan (doakan aku).
  • manja dengan mama, now dah tersampuk manja ngan ayah!
  • suka makan walau sedang ingin mengurangkan berat!
  • Mudah terasa, tapi jarang berpanjangan nak merajuk bagai!
  • perangai yang agak gila dan berubah ikut situasi!
  • mudah mesra jika tengah dalam mood nak bersembang- tp aku suka berkawan!
  • Bul sayangkan semua barang bul: 6 teratas! myvimanja,lappy,kiko,jam chronoforce, sony mp3, semua buku2 aku dan yang aku pinjam.
  • Bul nak hidup ceria bergaya n ikot cara bul !!
amin! dah selesai pon tag neh. bul tak berapa nak buat tag. tp kalau dah berhajat sangat, silakan lah!

namun janji bul, untuk menjawab segera...mungkin tidak! (penantian itu satu penyeksaankan!!)


4. Akan aku berikan anugerah ini kepada :-

  • oyen (dah 1 feb 2009 oit)
  • tun nuar (hang jangan nak loklak)
  • fish (buat na)
  • olive bini popeye (my old fren kat batu kikir)
  • ejan (ex-coursemate aku)

terimas

berikan aku R.U.A.N.G


salam,

hati bul tak menentu. mungkin ramai yang tak suka kat bul kat sini. mungkin tingkah laku bul dah melampaui batas. atau mungkin bul dah berubah

maafkan bul kepada yang terluka.

bul tak sanggup hidup dalam keadaan berpura-pura.
mahu hidup dalam gaya dan cara bul.
tiada siapa yang bersalah.. bila hati ini telah mula beralih arah!

berilah bul ruang! maafkan bul..

PENTING bagi bul pasal pelajaran bul sekarang!



~mungkinkah selamanya??~~

Saturday, January 24, 2009

C.U.T.I

salam,
lama dah tak cuti2. kali neh aku balik ke RAWANG. rumah kakak aku.. cuti dalam seminggu kot!!.. tak sabar nak makan2.. jalan2.. tapi kene bawak balik keje..aduyai.. bulan febuari makin hampir... KESIBUKAN melampau akan hadir... !!!


Friday, January 23, 2009

aksi di PTSL








Thursday, January 22, 2009

botak?!!!



fokus kat belakang kepala ku tuh.... macam ada orang buat pembalakan terbuka plaks... haish...

takpela... aku suka tengok orang botak:

kerana botak itu... smart n sexy... setuju??

Monday, January 19, 2009

mulai hariku!

salam,

dah dua minggu (lebih kurang) minggu kuliah berlalu.. minggu neh pula minggu sebelum cuti mid semester akibat CNY.

Masa makin rancak berlalu (betul ke ayat neh). Namun bul masih rasakan ada sesuatu yang masih tak jelas tentang arah dan tujuan semester ini....

bukan tidak tahu perkara yang patut dilakukan... cuma tidak tahu dimana, bagaimana hendak memulakannya.

bertangguh??
ada masa nya memang suka bertangguh.. contoh: nota kuliah... bul bertangguh dalam membuat review notes kuliah.. tak baca balik, tak rujuk buku, tak buat salinan soft copy my own notes!! geram gak sebabnya, dalam kepala tak ada apa-apa yang dapat dingat.. tapi satu pencapaian kali neh nota kuliah yang disalin tak bersepah2 dah...

azam!
saat ini, minit ini, jam ini, hari ini, minggu ini dan waktu-waktu mendatang, Bul mahu berubah. Mampu berdikari hadapi situasi genting.. paling penting berjuang habis-habisan untuk grad tahun neh... bukan nak kata diri pemalas, cuma usahanya kurang (haha: kepada pakmakcik yang kata gtew: bul dah p library taw start 2nd week aritew baca jurnal)


apa pun yang berlaku, bul tetap akan mulakan hari ini!! mengharapkan yang terbaik dengan Usaha!!...

perkara yang nak dibuat hari ini
  • bangun tido (sudah)
  • baca blog (sudah dan sedang)
  • basuh pakaian dan jemur by hand taw (sudah)
  • basuh comforter (ngee, x larat pakai tangan)
  • cari maklumat pasal tokoh plants domesticated (belum dan akan)
  • sarapan + lunch = brunch (oat n cereal (maybe)) (belum)
  • tesis bab satu (sedang dan akan)
  • kelas pengurusan sumber genetik (pasti pergi)
  • senaman : jogging sambil melalak ( mungkin) oyen jum!!!
  • aktiviti malam : nak copy jurnal... dah 3 hari tertangguh sebabnya... mesin photocopy satu je... yang dua lagi mahal giler...
  • kalau lapa makan la nnt...
  • xtvt tak termasuk keperluan hakiki manusia....
hmmm, senang gini kan... jelas arah dan tujuannya...

akhir kata :

wasalam....

to kak inah di australia sane... bul bukan setakat ada pinky rattus.. bul ada baju ag... masyuk pakai ngan kaler cokelat.. hahaha


Friday, January 16, 2009

kisah kiko

salam,

Hari rabu yang lepas. Punya la gopah-gapah, terjaga kul 6.00pg mencapai hp then try call somebody!! alahai...cdt dah expired.. #$%@ tolla celcom neh... gigih loncat dari katil, capai short, raba my manja starter,jacket.. lariksss... suddenly..dash..doom...dam@#&*^... my kiko.. jatuh bersepai dijalan raya...SADIS ya amat...disamping lekuk2 kat housingnya, memory card yang selama neh never aku bukak keluar... tersembul keluar... perkataan yang terkeluar hanyalah @#%$...untuk diri sendiri yer... bukan tuk sesiapa...



~~my kiko~~

kiko cedera ringan... cek2 kamera...ok babeyh...sekali.. button 5 langsung takleh tekan..teruskan niat membeli topup.. memecut manja dan akhirnya....dapat la wat panggilan...

kelasku hari itu pukul 8.. kali neh aku lebih prepare n berjalan kaki ke dewan kuliah di Sains Nuklear yer.. Pas je kelas habis.. terus hati gelisah...meronta-ronta...nak betolkan hp...sempat la round2 fst.. SELAMAT ULANG TAHUN KE-10 fakulti ku!!...


~~ni la dier~~

tak pi pon.. terus g bukit bintang coz kat sitew ade pusat servis SE. Nuar bersama menemaniku. Sampai disana, pusat servisnya dah tutop, try tanya penjual SE kat booth.. Katanya rm150.. MAHAL sangat!!..

Terus menuju ke lowyat.. First tyme aku ke mari.. dalam pikiran ku, tempat neh like pasar jual laptop.. tapi rupanya memang besh.. Kat cni pas tawar menawar, aku repair kiko dalam rm 70 dan siap full screen protector rm 90 semua sekali.. lega.. selain kiko dibetolkan, aku beli:



~~pinky rattus~~

semua sekali= rm 106 melesap...

haha, then merayap bukit bintang...g pavilion.. sasaran..food court.. makan makanan chinesse

mavelos sgt makanan sini... murah plaks tu...


~~mee aku makan~~



~~ayam n itik marvelos~~



~~dumpling sedap sgt~~


~~sup wajib hirup~~



~~dessert~~



~~icy lemon sugar cane~~

pavilion dalam persedian menyambut tahun baru cina




~~lembu ape tu???~~


Malamnya, aku pergi ke library... penat sungguh perjalanan..
wish la kat manja sempena 50000 km aku memandunya..
i luv u manja...



wasalam:



~~da penat.lalalala~~



Thursday, January 15, 2009

Khamis hari ini!

Salam,

Jam dah menunjukkan pukul 8.35pagi, Hari Pemilihan MPP akan berlangsung. Calon ku pilih Biarlah RAHSIA. Rasanya tak banyak beza pun pilih yang mana-mana. Perasaan aku je kot!!...

Pas mengundi, aku akan ke kelas Kelakuan Haiwan. 2jam kelas ni. Kalau batal rugi la sgt...

Backup plan kalau kelas batal, aku nak p Syarahan Perdana kat bilik Senat!!

Sekian

Tuesday, January 13, 2009

penat sudah hari ini

salam..

mencuri masa selang sejam before kelas bermula.. PENATnya...
Patutnya kelas habis kul 3..
tapi kena p Pusat Pengajian Kimia pulaks.

tadi kelas marketing, mujur lecturer tapi amek 3 jam macam minggu lepas...

apepon, hari neh besh jah, walaupun kene buli ngan dak pompuan coz mate aku....

seyius mula2 aku tak mau p lunch.... tp ada yang kata tak penah naik manja aku!!!

menangis sudah hati ku.... bawak la jugak...

haha... nak tawu manja tuh sape... nanti aku upload n3 pasal manja...

Monday, January 12, 2009

kERjalaH

salam,

CURRENTLY WORKING ON MY ASSIGNMENT:

EFFECTS Of TERMINATOR GENE ON ENVIRONMENT"

pening jap!!

manalah tawu pasal barang-barang biotech neh.

tanya dak biotech pon mesti ada yang tak tawu.


dah siap nanti, aku story sikit pasal benda neh!!... anyways, wish to have a great day

Thursday, January 8, 2009

Penceritaan Plot --Sedia--

salam,

Plot Kegarisan telah selesai. Aku hadir ke kelas tepat pada waktunya dan diiringi penuh gaya. Aku berjaket hari ini. Seluar jean camel ditambah seri baju snail original. Kasut pula putih corak pahlawan Dr Cardin. Huh, stail diriku. Mahu jadi diriku?? haha.. kelas 2 jam tadi amat menarik. Kelakuan haiwan. Tapi topik hari ini hanya berkisar kepada sejarah terbentuknya etologi haiwan. Paling menarik, bagaimana pandangan kita berkaitan kelakuan itu sendiri. Psikologi?? tidak, Ahli biologi hanya membicarakan tentang kehidupan yang dinamik dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Aku bangga mempelajarinya, lebih-lebih lagi bagaimana pensyarah-pensyarah mentafsirkan teori Darwin dalam konteks timur dan Islam.

Kuliah berganti dua orang pensyarah. Jam pertama Prof Dr. Idris (penyelaras ku yang hensem dari penyelaras lain) dan jam kedua Dr. Wee (pensyarah cantik yang bagus dalam memberi penerangan dan alasan). Keadaan kuliah yang sepatutnya menampung kapasiti 100 lebih orang, menjadi milik kami seramai 26 orang. Ahli biologi haiwan/zoologis- kami cemerlang, berdisiplin dan cekap bertindak. Respon, terbaik: persoalan dijawab walaupun salah. huhu.. Paling lawak jawapan malik: Morfologi Perlakuan katanya. Tapi satu percubaan terbaik!.

Kisah tesis ku:

  • Prof menyuruh aku membiak sendiri rama-rama ku (Pluttella xylostella).
  • Harus menyiapkan sangkarnya
  • Harus berjumpa dengan Prof Wan di jabatan Kimia untuk (crude extraction)
  • Harus lebih komited untuk menjamin keputusan cemerlang.
Ikrar ku

  • Balik dari senawang, aku dah prepare sarang
  • Jalankan kerja membiak mulai Isnin.
  • Berjumpa Prof Wan Hari Isnin.
  • Berjanji akan komited demi kejayaan aku.
Aku Boleh!!

Tadi bayar duit hutang Pengajian. Tak la mahal sebenarnya pon. Cuma RM69 je. Aku tarik balik ayat yuran dah mahal tu. Maaf UKM.. I luv u.

To All budak-budak or calon Mpp: Jalankan tugas, jangan tunduk pada penindasan terhadap mahasiswa. Perjuangan keselesaan pelajar!!

keGarisan...Sedia... muLa!!

Salam..

Sudah. Hari ini, aku adalah aku. Aku yang baru?? No-no? Aku tetap aku. Masih dalam jiwaku. Setia pada kehidupanku dan paling penting, aku masih mempunyai banyak karakter!!

(kalau ada mulut lahanat mengatakan aku talam dua muka dan hipokrit, SEMOGA HIDUPmu BAHAGIA!!)

Permulaan hari ini : Kegarisan.

Pagi ini aku dah bersiap ingin ke kelas pada pukul 9. Kelas Etiologi: kelakuan haiwan. Aku gembira. Kenapa? Penyelaras tesisku yang mengajar. Selesai kuliah dua jam. Kita buat 'ambush' dari celah meja kuliah! hoho..

Pulang ke Rumah : Sedia

Selepas selesai upacara mengadap penyelaras. Aku ingin merayau sekitar UKM. Pinjam buku sudah semestinya. Pelajar yang me'renew' buku sampai ke akhir semester.

(peduli apa nak buat macam tu, aku bayar apa rm 50)

Jadinya, aku akan pulang ke SENAWANG. Bersama keluarga. Ayahku? sudah keluar wad tapi agak lemah. Mahu aku belikan murtabak singapura kat Bangi katanya. Baik!! aku akan belikan nanti.

Ke Kelas sekarang : Mula!!

Baikla semua, aku nak pergi kelas. Tak mahu lagi jadi insiden 'dari katil ke kelas' berlaku. Satu peningkatan hari ini! Tahniah kepada diriku.
Bagi kakak-kakak master ku! selamat pergi ke Cameron Highland. Kutip Nosema banyak2. Selamat pergi dan selamat pulang!.

sekian,.


~~soalan kuiz minggu neh~~
siapa budak neh??

Tuesday, January 6, 2009

ProBlema

salam,

aku tertekan hadapi dua hari ini. Seperti biasa- aku tak pernah salahkan sesiapa atas keadaan ini. Biarkan aku fikirkan keadaan ini..Muhasabah diri!! Semua ini untuk ku kongsi bersama dan bukan untuk meraih simpati.

Pertamanya,
Sudah masuk hari ke-6 bulan Januari. Aku masuk tertangguh dalam melakukan ujikaji bagi projek tahun akhirku. Memandangkan sememangnya aku telah terlewat. Aku sedaya upaya meminta pertolongan daripada kakak master ku. Alhamdulillah, dia sungguh baik. Namun, kerja-kerja baik pulih makmal menjadi penghalang terbesar setakat ini.

Aku tiada makmal untuk menempatkan barang-barang ujikaji ku. Siapa tak sedih, dah lama aku menunggu menjalankan uji kaji ni. Lebih mencemaskan aku, ini semester akhirku. Kalau tidak siap bermakna aku tidak akan mendapat ijazah ku. Mungkin peluang ku menyambungan pelajaran di RCMP terbantut. Aku masih lagi positif terhadap semua ini.

Kawan?
Telah ramai yang aku bertanyakan. Aku hanya perlukan ruang meletakkan barang ujikaji ku. Aku tak memerlukan mikroskop atau apa saja barang sofiskated yang kamu semua gunakan. Aku hanya perlukan sedikit ruang. Permintaan aku hanya meminta jasa baik kamu-kamu semua melihat jika ada ruang kosong. Jawapan yang aku perlu, ada atau tidak bukannya alasan. Kenapa jawapan itu perlu? sebabnya aku akan memberitahu prof ku untuk bertanyakan kepada prof mu.

Aku berharap agar semuanya kembali berjalan lancar. Maaf kalau ada yang tersinggung rasa. Letakkan diri pada situasi aku yang terkejar sini- sana. Jangan ditanya mengapa aku mendiamkan diri. aku hanya perlukan masa untuk diriku. Semoga sejahtera sahabat.

Apa pun terjadi. Aku pasti semua ini akan selesai.

Keduanya,

Ayah aku masuk ke wad petang tadi. Wujud ritma tak normal pada degupan jantungnya kata doktor. Tapi ayah demam. Risau juga, mahu saja aku pulang esok. Tapi mama tak izinkan. Tak mengapa la, doa ku pada Tuhan yang Esa, agar ayah kembali sihat sentiasa.

Hentikan semua tekanan ini. Tadi aku keluar makan sendirian. Restoren D,Asria jadi pilihan. Aku suka restoren ni sebabnya suasananya yang mendamaikan. Makanan pon sedap. Selesai makan, aku ronda-ronda Bangi, isi minyak then merayap jauh2. hmm, seronok juga hidup seorang. Mana je nak pergi tak perlu pandangan kedua.Next time, aku bawakan n3 pasal restoren tu yer.. gambar?? malas nak upload.. nnt la yerr..

sekian.

Monday, January 5, 2009

Aku Harus Kuat

salam..

dunia 2008 dah pon berlalu~ namun masih ku bawa kenangan indahnya ke dunia baru ku 2009.

suka duka, pengalaman dan pengajaran tersemat kemas dalam jiwa ini..Kejayaan? biar aku sendiri sahaja yang mentafsirkannya.

Pastinya, 2009 menjanjikan cabaran-tangisan-kedukaan-kepenatan-kekeciwaan pada diriku. Bersedia Kah aku?? mungkin TIDAK... kerana aku sangat sensitif menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan.. Namun, masa akan tetap berlalu~~ mengubati hati yang bakal disentap, dilukakan dan dihiris.. aku akan membina kekuatan jua akhir~~ biar masa menentukan.

2009 juga pasti akan menjanjikan kegembiraan bagiku.. hilai tawa, usik mengusik, sentuhan mesra, kejutan yang mungkin akan berlaku.

Semua itu pasti akan berlaku. Aku cuma boleh mengharap yang terbaik dan berusaha ke arah yang ku mahukan.. besar hati dan harapan ku untuk menerima teguran membina.

Segala teguran dan nasihat aku pasti terima. Ku fikirkan dan diproses serta disesuaikan dengan kehidupkan ku.. Diam dan marah tidak bererti aku tidakmemikirkan semua itu..

Cuma, aku masih lagi cemas untuk menghadapi rintangan- kehidupan ku- perhubungan ku- kesihatan ku-dlain2 lagi...

Nyatanya...Aku harus kuat!!

Selamat Datang 2009-- maaf terlewat ku ucapkan......