Thursday, January 8, 2009

keGarisan...Sedia... muLa!!

Salam..

Sudah. Hari ini, aku adalah aku. Aku yang baru?? No-no? Aku tetap aku. Masih dalam jiwaku. Setia pada kehidupanku dan paling penting, aku masih mempunyai banyak karakter!!

(kalau ada mulut lahanat mengatakan aku talam dua muka dan hipokrit, SEMOGA HIDUPmu BAHAGIA!!)

Permulaan hari ini : Kegarisan.

Pagi ini aku dah bersiap ingin ke kelas pada pukul 9. Kelas Etiologi: kelakuan haiwan. Aku gembira. Kenapa? Penyelaras tesisku yang mengajar. Selesai kuliah dua jam. Kita buat 'ambush' dari celah meja kuliah! hoho..

Pulang ke Rumah : Sedia

Selepas selesai upacara mengadap penyelaras. Aku ingin merayau sekitar UKM. Pinjam buku sudah semestinya. Pelajar yang me'renew' buku sampai ke akhir semester.

(peduli apa nak buat macam tu, aku bayar apa rm 50)

Jadinya, aku akan pulang ke SENAWANG. Bersama keluarga. Ayahku? sudah keluar wad tapi agak lemah. Mahu aku belikan murtabak singapura kat Bangi katanya. Baik!! aku akan belikan nanti.

Ke Kelas sekarang : Mula!!

Baikla semua, aku nak pergi kelas. Tak mahu lagi jadi insiden 'dari katil ke kelas' berlaku. Satu peningkatan hari ini! Tahniah kepada diriku.
Bagi kakak-kakak master ku! selamat pergi ke Cameron Highland. Kutip Nosema banyak2. Selamat pergi dan selamat pulang!.

sekian,.


~~soalan kuiz minggu neh~~
siapa budak neh??

8 comments:

AiE bAhRi said...

jawapan kuiz.
budak itu adalah budak bomel.betul ke?

DrSam said...

salam,

rindu kehidupan kampus UKM dulu-dulu. DKU menyimpan banyak kenangan. Tq for bringing back old memories.

alhaqimi said...

aie :

salah2.. haha..ada dua percubaan lagi..

DrSam :

Bangga ada ex-UKM baca blog ni.

Shafie said...

tajuk nye sgt menarik..hehe

tp kuiz last tu..
sapa ek...hehe

aShaBuLz said...

mata macam mata ko jer!!! beam3!!!

alhaqimi said...

shafie :

hoho.. dapat dalam mimpi tajuk tue. nak tawu kene la ikuti n3 selanjut-jutnya..huhuhu

ashabulz :

wuhu, hensem ka? lalalalalalalaa... super duper action beam kepada mu!!!

Dakjaat™ said...

but a lot of my friends not really a good listener (haha)

heheehe! im a good listener & love to advise people who had a problem in their live but people always refuse to follow what i've told them .. kehkehkeh! ;p human aaa.. ;p

UKM bangi?? hekhek! ;p dekat jer ngan dakjaat.. meh lepak2 kat putrajaya.. bukan lepak2 tanpa ilmu .. ni lepak2 ada ilmu .. ;p ada masa mai la sini .. Seriously!

heheheeeheh!

alhaqimi said...

dakjaat : leh ja nak lepak2 sane..