Tuesday, January 6, 2009

ProBlema

salam,

aku tertekan hadapi dua hari ini. Seperti biasa- aku tak pernah salahkan sesiapa atas keadaan ini. Biarkan aku fikirkan keadaan ini..Muhasabah diri!! Semua ini untuk ku kongsi bersama dan bukan untuk meraih simpati.

Pertamanya,
Sudah masuk hari ke-6 bulan Januari. Aku masuk tertangguh dalam melakukan ujikaji bagi projek tahun akhirku. Memandangkan sememangnya aku telah terlewat. Aku sedaya upaya meminta pertolongan daripada kakak master ku. Alhamdulillah, dia sungguh baik. Namun, kerja-kerja baik pulih makmal menjadi penghalang terbesar setakat ini.

Aku tiada makmal untuk menempatkan barang-barang ujikaji ku. Siapa tak sedih, dah lama aku menunggu menjalankan uji kaji ni. Lebih mencemaskan aku, ini semester akhirku. Kalau tidak siap bermakna aku tidak akan mendapat ijazah ku. Mungkin peluang ku menyambungan pelajaran di RCMP terbantut. Aku masih lagi positif terhadap semua ini.

Kawan?
Telah ramai yang aku bertanyakan. Aku hanya perlukan ruang meletakkan barang ujikaji ku. Aku tak memerlukan mikroskop atau apa saja barang sofiskated yang kamu semua gunakan. Aku hanya perlukan sedikit ruang. Permintaan aku hanya meminta jasa baik kamu-kamu semua melihat jika ada ruang kosong. Jawapan yang aku perlu, ada atau tidak bukannya alasan. Kenapa jawapan itu perlu? sebabnya aku akan memberitahu prof ku untuk bertanyakan kepada prof mu.

Aku berharap agar semuanya kembali berjalan lancar. Maaf kalau ada yang tersinggung rasa. Letakkan diri pada situasi aku yang terkejar sini- sana. Jangan ditanya mengapa aku mendiamkan diri. aku hanya perlukan masa untuk diriku. Semoga sejahtera sahabat.

Apa pun terjadi. Aku pasti semua ini akan selesai.

Keduanya,

Ayah aku masuk ke wad petang tadi. Wujud ritma tak normal pada degupan jantungnya kata doktor. Tapi ayah demam. Risau juga, mahu saja aku pulang esok. Tapi mama tak izinkan. Tak mengapa la, doa ku pada Tuhan yang Esa, agar ayah kembali sihat sentiasa.

Hentikan semua tekanan ini. Tadi aku keluar makan sendirian. Restoren D,Asria jadi pilihan. Aku suka restoren ni sebabnya suasananya yang mendamaikan. Makanan pon sedap. Selesai makan, aku ronda-ronda Bangi, isi minyak then merayap jauh2. hmm, seronok juga hidup seorang. Mana je nak pergi tak perlu pandangan kedua.Next time, aku bawakan n3 pasal restoren tu yer.. gambar?? malas nak upload.. nnt la yerr..

sekian.

5 comments:

oyen said...

sori.
tadi da janji ngan kakak nk bukak pose same2.
kitorang g pasa malam.
igt nk ajak ko p pasa mlm, tp takot nyusahkan plk.ujan.
sorik ta dapat teman.
:(

Inah said...

hey dear, sometimes..things are not working well as we planned it to be..juts hang in there k :)

have some faith :)

DrSam said...

anggap semuanya sebagai dugaan dan cabaran yang penghujungya akan ada kesudahan yang manis.

percaya pada diri sendiri.

NahWaL said...

kita di tempat yang sama, akak kena ulang semula semua eksperimen, and top of that not my fault.its ok, we'll make it chaiyuok2

chimera said...

Nak berjaya kena tempuh banyak ujian... kejayaan tak akan rasa manis kalau kita perolehi dgn senang... tapi sgt seronok mendapat kejayaan apabila kita perolehinya dgn segala susah payah - tak kiralah jenis apa pun kepayahan tersebut... sabar... tenang... biasakan diri... semuanya akan kembali sempurna -InsyaAllah... semoga esok segala perjalanan hidup akan dipermudahkan...