Thursday, March 12, 2009

Kesibukan Hari Ku!

salam;

Tabah la wahai diriku! Yakin akan tetap kau capai cita-citamu. Berjuang sehabis boleh.. InsyaAllah!

Semalam aku tidur pukul 1 pagi lebih. Sibuk siapkan bahan nak mulakan experiment 2. Bertahanla DBM, aku perlukan hayatmu berakhir pada ekstrak ku!

Pukul 4 pagi, jam berbunyi! Gagahkan bangun~ kerana ini perlakuan ku sewaktu masa dahulu. Lakukan pemerhatian kematian DBM untuk kali ke-4. Selesai semuanya, mata tak perlu lagi berlabuh. Aku cetakan assignment Kelakuan Haiwan. Sempat juga membaca perihal descriptor list untuk buah peach! Akhirnya subuh menjelma, 6.30 pagi aku mandi bersiap semua nya.

7.15 pagi aku bergerak ke rumah tumbuhan. Aku mengambil 5 poko sawi dan ku bawa ke bangunan biologi. Hanya setiausaha pusat pengajian ku menegur melihat sawi yang dah tua!

Alhamdulillah, abang parasito (xkenal nama sgt tapi yg aku taw abg shuk) dah sampai dan aku letakan semua barang. Berlari menuju ke bangunan kimia tingkat 3 bilik sejuk!
7.30pagi~ menjimatkan masa, aku tak pakai lab coat pon... mati la kene tangkap....SEJUK!!!!!!
Thanx again kat Prof Wan Yaacob. Pukul 7.10 dah call aku! Jasamu mu ku kenang!

Selesai ambil ekstrak yang sejuk, pergi balik ke bangunan biologi aras 2. AKU MENGEJAR MASA! Aku selesaikan semuanya tepat jam 9 pagi dan terus ke kelas kelakuan haiwan di aras G. Selesai kelas.. aku kembali ke makmal parasitologi sehingga pukul 2.

Penat sungguh!

Buat adikku! sabar la.. aku tahu kamoo telah berusaha!

teringat waktu ambil result spm 2004~ cover punya hal... aku nages kat belakang blok! kantoi ngan ustaz!.. dier mintak result then dier cakap Tahniah~~ waaa... memories!

3 comments:

izman said...

tak faham apa yg bul kisahkan. tapi tau bul usaha buat kerja yg terbaik. teruskan.

Aidy Shahiezad said...

teruslah berusaha utk jadik yg terbaik... ;0

NahWaL said...

chaiyok, doakan yang terbaik.

akak pon tak siap2 lagi lab, banyak lagi kena wat!!huuu..

kalao nak layout cun, pergi kat http://btemplates.com and then download template, extract zip file and then upload dekat 'edit html ' tu.selamat!