Monday, April 27, 2009

tag dari encik botak! ngee~~

salam,

dah lama rasanya tak buat label2 ni. Kimi pon tak berapa nak buat label(Tag) ni. Maklumla, ratu segala label adalah oyen sesuatu tu. Malas nak jadi puteranya.

Tapi kali ni nak buat label dari abang botak. Bro lu ensem la botak. Kimi mmg suka membotakkan rambut, tapi now tengah seksa nak panjangkan rambut. Dah la 29 hb ni exam, sejuk la kepala kena blow ngan angin sejuk dalam DECTAR tu. aaachum!

label dari encik costarica adalah:

apa nama blog anda dan mengapa anda memilih nama itu?

pada mulanya blog ini diasaskan dengan menggunakan nama bULBul. atas dasar nak senang cerita dan nukilan dari oyen sesuatu. Haha, ULB tu huruf besar. UNTUK LELAKI BUJANG!!.. hahaha.. takde la, sekadar corak.

sekian lama menggunakan bulbul, akhirnya blog kantoi dibaca kakak kimi. Heboh la satu rumah, sekali ngan pakwe dier gelakan aku! cis!....

timbul idea menggunakan nama penjenamaan semula diri aku, alhaqimi. ringkas dan menarik!

tagline blog: ini kehidupanku menuju jalan abadi!
semua cerita hidupku ada disini~~suka suki la nak tulis, tapi masih lagi mementingkan kimi selaku watak utama! ngeee...

apakah pautan blog anda sekarang dan bagaimana ide untuk menamakan seperti itu?

http://alhaqimi.blogspot.com
- ide? ingat nak guna link
http://costaricay.blogspot.com/
tapi encik costa dah pakai... tukar nak? :)

apakah kaedah penulisan dalam blog anda?

kimi jadikan blog sebagai diari kimi. Tapi tak semua la nak dimasukan. Apa yang kimi rasa nak upload jela. Kimi tak suka sedih2! biarlah blog mengambarkan betapa CERIA nya HAKIMI ini!! yahuuuu!!

pernah tak rasa mahu menghapuskan blog anda?

never!! haha, kimi sayang blog kimi.. banyak kenangan kimi ada dalam blog ni. setakat ni adala dah delete akaun friendster.
kepada yang sudi nak komen, nasihat, puji, keji, cerca, hina,maki. dipersilakan. Hanya Allah sahaja yang layak membalas jasa baik kamoo.
semoga dengan cara ini, kimi dapat perbaiki diri ini.

apakah pendapat anda tentang pemilik blog yang men label anda ini?
(tukar soalan sikit)

- nampak baik (haha).. mmg baik kot.. cuma tak kenal lebih mendalam..
- hari tu encik costa sakit, harap dier cepat2 sihat.
- nak kenal sgt sape DIA tu!! bgtaw la encik costa!
- agak stailo la bro ni.. smart!
- dier manusia...larikss

label orang lain?
xpe la...


bagi kawan-kawan kimi yang ada hantar tag, nanti la kimi buat.
thanks buat kamu!!

http://shafie87.blogspot.com/


http://homosapiensz.blogspot.com/

http://www.ifin9.blogspot.com/

http://maysyda.blogspot.com/

ni kawan-kawan yang ada singgah di shout out untuk gtaw ada award or label. thaks ya: tapi ada masa nanti akan diambil dan dibuat!!

k la... dah ujan ni, nak mandi.....

wasalam




kembali di sini

salam,

dah kul 2.44 pagi ni. Alhamdulillah, matlamat hari semalam dah tercapai.

Pertamanya: Bersenam awal pagi tadi. Dah lama tak berjogging. Pagi td dapat la bakar lemak2 degil dalam badan. Segar la jugak. Pas je jogging, minum oren jus. Nyaman!

Keduanya : Kawal makan. Nak jimat budget nyer hal, semalam skip lunch! akibat kemalasan nak bancuh oat. Baring n tido untuk dua jam. Hasilnya: hilang perasaan lapar.. Pukul 6 petang makan la nasi ngan tom yam. My fav food.

Ketiganya: study! dapat gak habiskan chapter prof IAG. Allah je la yg taw betapa panjangnya notanya. Takpela, dah baca kan.. Yakin boleh!!

ni tengah minum susu cap junjung~ sedap, tapi perut kimi tak tahan la.. takot nak terbuang plak kang. Kurang enzim lactase la nie kot.. haha.

jap ag nak tido.. hidupku!

Exam 29hb ni subjek kelakuan haiwan (etologi). Agak runsing la. sebab leceh. Benda nampak mudah tp perlukan penjelasan yang kompleks. Banyak topik pasal stimulus dan komunikasi dunia haiwan, kelakuan dalam ekologi, n pembelajaran haiwan. InsyaAllah, doakan yang terbaik!

k la, dah ngantok.. nak tido..

wasalam

Tuesday, April 14, 2009

I'm njoi it~~~


salam,

hati suke bercampur gembira tak terkata tiada lagi gundah gulana.. hahaks.. draft final selamat pon dihantar semalam.. syukur!..

saat je kuar dari fac... terasa kebebasan masuk perlahan-lahan dalam diri... n kimi menikmatinya dengan perlahan-lahan tanpa rakus! NIKMAT!! haha..

semalam gak, kimi g main bowling ngan kawan-kawan.. tak ramai pon sebab ramai yang nak kuar jap ag. Main bowling pon sebab kimi boring+gian nak main.. dah lama tak main!!

Nak kata pandai main, tak gak.. setakat baling2-gelak2-jerit2-huhu..tapi kimi suka! cuma nak gak belajar buat SPIN ka, pe jela... baru nampak ada stail... jgn nak katala... slide pon masi segan nak buat... takot termasok terus dalam lane kang.. huhuks...


~~keputusannya~~ k win!!


~fir-K-Jonas~

selesai main bowling--main satu game jer...sebab diaorang ni, tak suka nak main bowling..HUH!

g ke sesuatu punya tempat>>>

haha...


~ternyata mereka lagi suka berkarok~~ n jap ag, kawan ku akan belanja karok 4jam...

__

woit: study week la, bukan melalak!

dah habis pon cerita.. tp ada satu gambar tuk direnungkan bersama:



hakimi semakin ____________?

~~seperti biasa...sila la jawab...
(ala2 kuiz terkumpul):

k, la.... petang ni kimi balik senawang... study kat umah! nak jimat pulus: sebab bila study=lapa=duit=miskin!!..

maybe balik sampai 25hb kot...not sure but sure up!..STOP!



Saturday, April 11, 2009

kepala ku BOTAK sudah!!



huh elegan tak dengan gaya BOTAK.... Aku suka! nak p kelas tak yah pakai wax!

kesegaran shampoo dapat semua orang bau.... lalalalala

hakimi semakin ________

sila jawab yer!!!

Friday, April 10, 2009

Segala Puji Bagi Mu....

salam...

AMIN~~~ syukur SANGAT

semalam draft kimi nombor dua kene REJECT....

ALHAMDULILLAH!!!! Hari ni punya draft dah diterima!!! Waaa...sebak kejap!!!....

ISNIN due date nak hantar!! ngeeee!!!

Tuesday, April 7, 2009

from hero to zero~ ahaks!

salam,

semalam kimi p ambil draft bab IV yang dah dihantar hari jumaat lepas..

panas tak mungkin ke petang sejak kebelakangan ni~~

Ya Allah, banyak sungguh dugaan yang menimpa...

Draft IV DITOLAK atas sebab membuat analisis yang salah.

ANOVA one way digunakan = KESALAHANAn DURJANA

ANOVA 2 way sepatutnya = AKU terkial-kial nak buat rite now dan nak hantar esok!

bukan sikit... whole chapter~~ ngee (banyak gila action kamen yang diberi!!)

kepala aku dah dua minggu pening2.. ngat petang ni nak botakkan rambut..


~elok kemas aku hantar~ gni jdnya~

k, la... buat jela... yang penting esok hantar!!!

ni leh la aku cerita kan pengalaman kalau dapat study kat tempat baru nanti!!! aminn!!

Friday, April 3, 2009

akhirnya!

salam...

selepas berhari-hari tidak tak lena...

berhari-hari tido ngan laptop n paper...

berhari-hari sakit-sakit badan....

alhamdulillah~~~ dah SIAP BAB 4 AKU!!! ada 10 page lebey bab ni.. aminn!! syukur2...

harap prof iaG tak la conteng action kamen kat dalam draft aku ni!!

k la... mau mandi ye... daaa

Thursday, April 2, 2009

eeerrrr


~~pandang ke tepi adalah yang terbaik buat masa ini~~
salam...

semalam untuk kesehariannya aku menghabiskan masa membuat analisis data. tak mudah dan juga tak sukar tetapi wujud sedikit kecelaruan bila nak buat Tukey's test... kalau ada masa aku upload kan hasil kajian aku kat sini!!

dan masa pon berlalu.. terus berlalu dan akhirnya SIAP!! analisis ANOVA satu hala menggunakan teknik General Linear Model (GLM) untuk setiap eksperimen dan setiap pemerhatian telah dibuat!! amin...Graf peratusan kumulatif kematian turut siap!!-- sekitar pukul 5.30 pm... hati ini gumbira!......

masa pon terus berlalu....di saat hendak memulakan BAB IV... tettt...$%@##^%^...dush2...pek2.. jari hanya mampu menyentuh keyboard~ menarikan pinky rattus tetapi... KOSONG... tiada ayat bermula...argghhh!!---- p basuh baju akhirnya...


selepas berberapa ketika, kembali nak mula---- tetapi menyimpang membuka blog dan mengomen blog2 rakan2...bermula kembali---namun menyimpang membetulkan format tesis... bermula kembali---tapi menyimpang menghantar email!! tidakkk~~

akhirnya~~~ kembali bermula dan sedar pada pukul 6.49am hari ini!

~~`ngeee: tak pe la... mandi lu, sidai baju dan baru mula tulis BAB IV kembali!! hahahaha....

tolong-tolong, nak idea nak buat penulisan!!