Monday, November 30, 2009

penat~

salam kepada semua!

start hari ni awal, kul 3 pagi dr mula merayau-rayau. siap dah pakai baju kemeja nak ke kolej.. selesai mandi, siap2 terus jalan2. laju gak la. tp srunuk berteman.

subuh hari ni di masjid hospital. serunuk, rasa esok pon nak gi subuh disana lagi..awal pergi kelas.. leh baca buku. almaklum la kitabnya xdidalami lagi.

mulakan hari dengan melawat jabatan pengimejan diagnostik (xray). hanya mencukupkan syarat, tapi best la dapat tgok CT Scan ngan MRI prosedur dari dekat...cam ER plaks.

paling mengejutkan dapat tengok autopsi kes kemalangan di tempat kerja. nasib la hanya bedah siasat luaran sebab yang di dalam sudah terkeluar..komen? NO!! xmo ingat ape2 pasal benda sane.. ada 3 kes td.. tapi plisss... xmo ingat! biarla klinikal nanti ambil port!

petang pulak ada klinikal skill. kena prektis ambil pulse, tekanan darah, body temperature, body mass index..dan guraw2...penat~~~

malam ni pulak, kena buat projek mandarin... rakam2 bagai. ape nak buat. gatai tak mo transfer credit aritu...hehe

plisss.. MARA...nak duit...saya sgt perlukan..saya janji belajar betoi2!

Sunday, November 22, 2009

sihat sebelum sakit!

salam





"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian


Melainkan yang beriman dan beramal soleh


Demi masa sesungguhnya manusia kerugian


Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran




aduh, dah masuk dua hari aku sakit perut. tak tahu mana puncanya, mungkin proses pembersihan kot. dengan anginnya..'cibit ribit' (baca= diarrhoea)nya..alahai. mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Malas nak g ke klinik, aku cuba terapi aku sendiri.. buh minyak angin, krim halia, minum air biodisc, minum teh pekat, jap ag nak buat teh halia. Nampak dah ramping sikit perut aku neh..kalau tak baik juga menjelang esok, tak taw nak cakap la.. dah la esok kena g wad..!! damn, i really don't like ICE module...cam shhh. layan jela, nak buat cam ne, kalau aku sorg jer yang tak suka. ada pro n contra nyer la. ape yg ada minggu ini adalah exam mandarin, CAS presentation n cuti raya haji.. ngeee!




entah la, aku rasa bosan ikuti program ICE ( baca= pendedahan awal klinikal). dok masuk keluar hospital. tapi aku rasa banyak masa terbuang.. HADIR seperti tak diundang. tp dari segi positinya, aku lagi semangat nak habiskan 2 tahun pra klinikal ni. Tak dinafikan, ada yang seronok dengan kehadiran kami.. thanxx for those who really wants to share sumething..




Masa dirasakan semakin pantas berlalu, kadang terfikir juga mana aku habiskan masa-masa yang ada untuk faedah diriku..mungkin titik permulaannya di sini.. bila kita sakit, mula lah terpikir bertapa bertuahnya kalau sihat.. dah sakit semuanya susah..hati susah, nak makan susah...macam-macam la susah! jadi bersyukur la dengan apa yang ada... kalau tak...malas nak cakap! LOSER!

malu sudeyh...nyorok belakang tiang!



Wednesday, November 18, 2009

kesitu kembali!

dr permulaan yg telah jauh ditinggalkan..

kini bermula semula di tapak permulaan...

dengan semangat dan kecekalan..

kepercayaan...

dan kesetiaan sebagai santapan harian..

walau sehalus butiran pasir pengorbanan..

pasti di balas penghargaan dan senyuman...

18/11/09

Monday, November 16, 2009

berhabuk sudah!

salam warga blogger semua...

rindu sangat nak menjejakan tangan menulis entri kat blog ku ini.. dah lama dah nak membuat n3 baru, tapi ada aje masalah yang timbul. Entry hari raya terpaksalah dibatalkan..sebabnya everytyme nak download gambar...ada aje yg sangkut. xpelah, bukan meriah mana pun raya tue..biar aku je yg taw betapa bestnya ia...lalalala..

pejam celik..celik pejam..pejam celik...
dah masuk empat bulan aku kat kolej perubatan ni. dua modul telah berlalu, dan kini aku berada di modul ketiga.huh..pantas sungguh masa berlalu. takut juga rasa hati ini, sedar-sedar nanti dah dekat dengan final exam.

Gemuruh?
Yup, aku memang gemuruh bila berdepan dengan soal kehidupanku. Walau dah banyak exam yang aku tempoh, tp penilaian modul ini agak sukar bagi aku. Di sini, aku mempunyai 3 paper sahaja berbanding di UKM dulu, satu sem boleh cecah 8 paper aku kene jawab exam.

tapi yang membezakan kertas soalan perubatan dengan peperiksaan di UKM dulu adalah semua subjek yang dipelajari akan dimuatkan didalam ketiga-tiga paper td. Jadi, kalau kita missed study any of those topic, jawapannya...mati la kaw!!

Paper yang paling best ialah paper EMQ (extended Modified Question), kes akan diberikan dalam paper ni.. kemudian diikuti soalan dr anatomy, physiology, biochem dll..
Paling xmenggembirakan paper OSPE!!! 4 minit x cukup wo!!

insyaAllah, aku akan teruskan membiasakan diri dengan keadaan ini..haha
mengenai results Foundations Module- biarlah rahsia.. =P

mulai dr 16/11 hingga 4/12, Modul Intro to Clinical Exposure dah bermula. kena la pergi melawat wad2, klinik kesihatan, OT, Morgue dll. Perasaan= segan!! sangat segan sebab kena pakai white coat.. bukan ape...rasa diri ni xcukup ilmu lagi nak pakai macam tue...muda sangat lagi kat kolej..

pembelajaran hari ini adalah cara mengelakkan jangkitan..scrub2...n scrub!

17/11- 8.oo pagi : wad 24 Hospital Raja Permaisuri Bainun (psychiatry)
2.00 ptg : Physiotheraphy unit...


lalala...k la...nak tido, xmo terlewat macam td...waaaa
adios...wasalam!!!


~~rindu kat kawanku semua~~
gambar sekadar hiasan, tiada kene mengena ngan entry..oit gune otak la...bwekss..

wasalam!!