Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010!

thank you Allah!

wish you all the good luck for the new year 2010!

for 2010: i just want to be a better person! my wishlist (completely p&c)

and for the coming new year. Cinta dalam hatiku entry will be in english version. Not completely but gradually! =]..

njoy ur holiday!

Tuesday, December 29, 2009

apoptosis vs necrosis

salam semua,

Alhamdulillah, cuti aku dah nak sampai ke hujungnya. Sedang bercuti pun aku masih lagi dibumi Ipoh mali ni. Alkisahnya, banyak benda harus diselesaikan. Syukurlah, hampir semua urusan akan sampai ke hujungnya, dan aku akan mulakan kuliah dengan riang gembira. Aminn!!

pelik atau tak, hari ni aku nak bawa semua rakan-rakan blogger belajar berkaitan patologi! Ada benda menarik yang ingin aku berikan. Kalau cari dalam buku pun ada. Hanya berkongsi, lihat sama ada boleh dipakai atau tidak.

Apoptosis secara mudahnya kita boleh terangkan sebagai proses kematian sel dalam badan seperti yang dirancang. Puncanya, mungkin disebabkan sel tidak lagi diperlukan atau mendatangkan mudarat pada sel-sel yang lain. Kematian sel ini tidak akan menyebabkan apa-apa perubahan terhadap tisu dikawasan tersebut melainkan sel tersebut mati dan diserap (oleh sel phagosit).

Berbanding apoptosis, nekrosis adalah keadaan sel yang mengalami kecederaan dan kebiasaan akan pecah. Selain merosakkan diri sendiri, sel ini juga akan menghamburkan kandungannya, menyebabkan sel-sel berdekatan rosak. Hal ini akan menyebabkan berlaku perubahan pada tisu kawasan tersebut. amin!

haha, bagi yang tak minat biologi tu, tutup sikit mulut bila menguap!
Begitu jugala manusia, kita boleh jadi jenis apoptosis dan jenis nekrosis (jangan memandai cari dalam buku plaks!!). Ada yang berjuang untuk kebaikan orang-orang disekelilingnya. Apabila tak diperlukan, dia akan pergi tanpa melukakan perasaan orang lain. Ada juga manusia, apabila mempunyai sifat dendam dan benci. Selalunya akan mengheret manusia lain untuk sama-sama merasai apa yang dilalui.

jadi apa pilihan hati?? jenis A atau jenis N...haha

Tuesday, December 22, 2009

enaknya rasa teh o lipton!

sedapnya rasa teh o lipton membuatkan kita senang untuk pergi membancuhnya. walaupun terpaksa tunggu air masak, terpaksa kacau gula, terpaksa basuh mug besar (kes tak reti basuh pas minum semalam) dan segala yang terpaksa lah. Hiremeki katanya, dapat ide pas minum teh o lipton! MenaRIK~ sekali hirup, aaaaahhh..segarnya! sedapnya..hilang semua perasaan stress dalam hidup ni..

tp aneh nya, mungkin dalam diri aku aje kot. bila nak buat benda baik.. masya ALLAH, ya ampun punya la beratnya minda ni nak percepatkan pergerakan! nak study? subhanaALlah, baru bukak satu page, mata dah macam menangis mengantoks. mana silapnya? penat aku bertanyakan pada diri. Niat? entahlah, aku pon kurang pasti.

mungkin inilah cabarannya. Mahu lihat kesungguhan dalam menghadapi hari-hari mendatang. tak semuanya mudah macam nak minum air teh o! dan tak semua susah. cuma perlu ada pencetus dalam melakukan sesuatu!

pada yang mengenali, tak salah ingatkan aku tentang perkara akhirat dan ingatkan aku tentang pelajaran! semoga kita sama-sama beroleh kejayaan! amin!

wasalam buat semua!

Sunday, December 20, 2009

penghijrahan demi sebuah pengorbanan

salam buat semua blogger yang dikasihi!

Alhamdulillah, dah 3 hari kita menjejakkan kaki di Tahun Baru Islam. Sempena dengan tahun baru ni, macam-macam la yang berlaku. ada yang memikirkan azam yang belum selesai, tak jugak yang gembira kerana azam dunianya telah tercapai. Alhamdulillah!

Syukur la, azam tahun yang lepas ada yang telah dicapai (walaupun azam carry forward ntah tahun ke berapa ntah!!) dan ada jugak dalam proses penyempurnaan! kenangan manis semestinya kerana aku berjaya dapatkan segulung Ijazah tepat pada waktunya, tepat pada kosnya dan tepat pada keputusannya! tapi bukan itu yang manisnya berlebihan membangga diri, akhirnya membawa kepada sikap angkuh dan sombong! Paling bahagia apabila dapat menggembirakan hati IbuBapa yang selama ini berkorban untuk diriku!

Alhamdulillah juga, impianku sejak dizaman sekolah yang telah beberapa kali gagal dicapai, akhirnya berjaya juga, namun kali ini, kegembiraan di ikuti oleh tanggungjawab yang maha dahsyat. Hampir lima bulan aku menjadi stud perubatan. ada suka, ada duka, ada tension, ada yang aku buat dunno aje (ahakss). InsyaAllah, akan aku tunaikan juga azam ini! sama-sama la kita berdoa.

Kedua-dua kisah ini membawa aku ke satu lembaran lain dan memerlukan pengorbanan (seriously!). Tak semua manusia dapat merasa nikmatnya berkorban. Justeru itu, syukur la untuk pergorbanan yang telah dilakukan. kerana ALLAH lebih mengetahuai segalanya!

Azam tahun baru? biar la RAhSIA..bising-bising takot tak tercapai pulaks... ape azam korg pulaks? hehe

Tuesday, December 15, 2009

terima kasih -xie xie-

salam n terima kasih,

bg yang sudi lawat ke blog aku neh. sihat ker?

alhamdulillah, dah masuk modul ke 4 aku tempuhi sebagai pelajar kat kolej ni. syukur juga sebab aku lulus modul musculoskeletal and skin yang lepas, walaupun tak la banyak sangat naiknya. Thanx buat lecturer dan kat semua yang terlibat (ayat cam dah lulus dapat ijazah plaks).

terima kasih gak buat MARA. sebabnya loan aku dah approved! dengan segala hormatnya aku dah berhutang dengan MARA sebayak rm 300K++. (haha..sapa nak kawen ngan aku leh la nnt share2 hutang nie). InsyaAllah, aku tak kan sia-sia kan peluang ni. Dah grad n kerja nanti, aku janji bayar balik semua pinjaman ni. Tak lupa gak buat PTPTN, rm 21K tu nanti bulan januari aku start bayar pelan2. bagi blogger2 yang ada hutang tue.. bayar2 la ek, lagi2 hutang pelajaran ni. at least kita berterima kasih sikit dan bg peluang bagi generasi seterusya. (aku x ditaja untuk nasihat ni).

bercerita tentang terima kasih. Kadang kita lupa walaupun hanya dua patah perkataan, maknanya sungguh mendalam. Jasa dan pergorbanan tak semestinya di balas dengan wang ringgit dan hadiah yang mahal2. hanya dengan terima kasih semuanya rasa terbalas. Kadang-kadang sebagai manusia kita cepat terlupa, jd n3 ni sebagai nasihat untuk kita sama-sama beringat untuk sentiasa berterima kasih dan bersyukur!

tak de idea sebenarnya nak menulis, kepala dok pusing belajar pasal jantung. anggap la ni khidmat sosial aku untuk masyarakat! tq