Tuesday, December 29, 2009

apoptosis vs necrosis

salam semua,

Alhamdulillah, cuti aku dah nak sampai ke hujungnya. Sedang bercuti pun aku masih lagi dibumi Ipoh mali ni. Alkisahnya, banyak benda harus diselesaikan. Syukurlah, hampir semua urusan akan sampai ke hujungnya, dan aku akan mulakan kuliah dengan riang gembira. Aminn!!

pelik atau tak, hari ni aku nak bawa semua rakan-rakan blogger belajar berkaitan patologi! Ada benda menarik yang ingin aku berikan. Kalau cari dalam buku pun ada. Hanya berkongsi, lihat sama ada boleh dipakai atau tidak.

Apoptosis secara mudahnya kita boleh terangkan sebagai proses kematian sel dalam badan seperti yang dirancang. Puncanya, mungkin disebabkan sel tidak lagi diperlukan atau mendatangkan mudarat pada sel-sel yang lain. Kematian sel ini tidak akan menyebabkan apa-apa perubahan terhadap tisu dikawasan tersebut melainkan sel tersebut mati dan diserap (oleh sel phagosit).

Berbanding apoptosis, nekrosis adalah keadaan sel yang mengalami kecederaan dan kebiasaan akan pecah. Selain merosakkan diri sendiri, sel ini juga akan menghamburkan kandungannya, menyebabkan sel-sel berdekatan rosak. Hal ini akan menyebabkan berlaku perubahan pada tisu kawasan tersebut. amin!

haha, bagi yang tak minat biologi tu, tutup sikit mulut bila menguap!
Begitu jugala manusia, kita boleh jadi jenis apoptosis dan jenis nekrosis (jangan memandai cari dalam buku plaks!!). Ada yang berjuang untuk kebaikan orang-orang disekelilingnya. Apabila tak diperlukan, dia akan pergi tanpa melukakan perasaan orang lain. Ada juga manusia, apabila mempunyai sifat dendam dan benci. Selalunya akan mengheret manusia lain untuk sama-sama merasai apa yang dilalui.

jadi apa pilihan hati?? jenis A atau jenis N...haha

8 comments:

sh@kira said...

HAHAHA..smgt blaja patho nmpk.. blaja patho smbil brdangdut ye.. hahaha

~Dhamirah~ said...

salam.. bagus2..ak ske nie.
pasni ko share la plak psl pharmaco ok..
sb ak agak keberatan nak bukak buku pharmaco..
mekaseh :)

Inah said...

hehehe..apoptosis and necrosis..dah blaja pathway?caspases involved..lagi menarik ;)

alhaqimi said...

shakira: haha...sedikit ilmu dikongsi bersama..dandut bila perlu ajor!

dhamirah:haha..aku buku pharmaco pon xder..belaja kena la relate2...bru xboring...hehe

alhaqimi said...

kak inah: pathway? haha lum lagi la...just tgok2 dalam guyton aritu...nak beli buku patho mcm mahal ajor..tp enzim caspases tue bahaya gak ek...

aShaBuLz said...

mengajak viewer mengulangkaji skali ker? haha...

aiyo..nama macam watak katun dalam citer x-men. tak kira la yang mana pun, yang penting aku jadi org yang ensem. kah3..

alhaqimi said...

ashabulz: haha...ade ajo ekaw ni..den suku2 pale ko kang..hehe

xsalahkan kongsi2 ilmu, tp bab ekaw ag ensem tue...den tak sure la...perasaan ekaw jo kot..lariksss

@xiM said...

HAPPY NEW YEAR QIMI!