Sunday, December 20, 2009

penghijrahan demi sebuah pengorbanan

salam buat semua blogger yang dikasihi!

Alhamdulillah, dah 3 hari kita menjejakkan kaki di Tahun Baru Islam. Sempena dengan tahun baru ni, macam-macam la yang berlaku. ada yang memikirkan azam yang belum selesai, tak jugak yang gembira kerana azam dunianya telah tercapai. Alhamdulillah!

Syukur la, azam tahun yang lepas ada yang telah dicapai (walaupun azam carry forward ntah tahun ke berapa ntah!!) dan ada jugak dalam proses penyempurnaan! kenangan manis semestinya kerana aku berjaya dapatkan segulung Ijazah tepat pada waktunya, tepat pada kosnya dan tepat pada keputusannya! tapi bukan itu yang manisnya berlebihan membangga diri, akhirnya membawa kepada sikap angkuh dan sombong! Paling bahagia apabila dapat menggembirakan hati IbuBapa yang selama ini berkorban untuk diriku!

Alhamdulillah juga, impianku sejak dizaman sekolah yang telah beberapa kali gagal dicapai, akhirnya berjaya juga, namun kali ini, kegembiraan di ikuti oleh tanggungjawab yang maha dahsyat. Hampir lima bulan aku menjadi stud perubatan. ada suka, ada duka, ada tension, ada yang aku buat dunno aje (ahakss). InsyaAllah, akan aku tunaikan juga azam ini! sama-sama la kita berdoa.

Kedua-dua kisah ini membawa aku ke satu lembaran lain dan memerlukan pengorbanan (seriously!). Tak semua manusia dapat merasa nikmatnya berkorban. Justeru itu, syukur la untuk pergorbanan yang telah dilakukan. kerana ALLAH lebih mengetahuai segalanya!

Azam tahun baru? biar la RAhSIA..bising-bising takot tak tercapai pulaks... ape azam korg pulaks? hehe

2 comments:

aShaBuLz said...

hoh...selamat berazam...dan berazam....dan berazam....dan seterusnya..haha.

gud luck and all the best for 2010.

alhaqimi said...

haha...gud luck to u too sir!