Tuesday, December 15, 2009

terima kasih -xie xie-

salam n terima kasih,

bg yang sudi lawat ke blog aku neh. sihat ker?

alhamdulillah, dah masuk modul ke 4 aku tempuhi sebagai pelajar kat kolej ni. syukur juga sebab aku lulus modul musculoskeletal and skin yang lepas, walaupun tak la banyak sangat naiknya. Thanx buat lecturer dan kat semua yang terlibat (ayat cam dah lulus dapat ijazah plaks).

terima kasih gak buat MARA. sebabnya loan aku dah approved! dengan segala hormatnya aku dah berhutang dengan MARA sebayak rm 300K++. (haha..sapa nak kawen ngan aku leh la nnt share2 hutang nie). InsyaAllah, aku tak kan sia-sia kan peluang ni. Dah grad n kerja nanti, aku janji bayar balik semua pinjaman ni. Tak lupa gak buat PTPTN, rm 21K tu nanti bulan januari aku start bayar pelan2. bagi blogger2 yang ada hutang tue.. bayar2 la ek, lagi2 hutang pelajaran ni. at least kita berterima kasih sikit dan bg peluang bagi generasi seterusya. (aku x ditaja untuk nasihat ni).

bercerita tentang terima kasih. Kadang kita lupa walaupun hanya dua patah perkataan, maknanya sungguh mendalam. Jasa dan pergorbanan tak semestinya di balas dengan wang ringgit dan hadiah yang mahal2. hanya dengan terima kasih semuanya rasa terbalas. Kadang-kadang sebagai manusia kita cepat terlupa, jd n3 ni sebagai nasihat untuk kita sama-sama beringat untuk sentiasa berterima kasih dan bersyukur!

tak de idea sebenarnya nak menulis, kepala dok pusing belajar pasal jantung. anggap la ni khidmat sosial aku untuk masyarakat! tq

3 comments:

aShaBuLz said...

nah dua perkataan.

-terima kasih-

pal7 said...

blaja rajin2 ok

fndrocka said...

masalahnya skrg ...kat mulut berterima kasih .tapi di dalam hati dan perbuatan langsung tak berterima kasih