Saturday, November 13, 2010

bukan mudah nak jadi senang!

salam

lama menyepi, biasalah student.. rutin harian sangat ok sekarang. kul 8 g kelas, kul 5 balik... malam study skit then kuar g makan.

cuma life should not dat boring rite..
dah saya ini anak MARA, jadi marilah sama-sama menanam minat untuk berniaga!

Just join Avail Beauty Sdn Bhd. Saja nak buat income sikit2. Dapat lebih, leh buat belanja beli buku clinical dan tools nak jd senior nnt! ecehehehe...

mengenai Avail, aku ceritakan kat next entry..tp sape2 yang teringin sangat dah tu..just email aku k! sentiasa ada ruang untuk orang yang berminat sertai bisnes ni! produk bagus.. keuntungan pon lumayan..

Segan? jangan la segan, bukannya kita buat benda yang tak betol..rezeki halal!!

Malu? biasalah mula2.. orang leh cakap macam2..tp lama2 bila dah tgok kita bahagia...senyap la mereka nnt!

pape pon.. just email for further detail k!

Saturday, October 30, 2010

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly

salam


hari ni terbukak hati nak join contest oleh seorang rakan blogger.
kalau nak tengok klik la kat banner tue ek!

hadiah dier memang la menarik ...paling menarik sebab leh dapat cermin mata rayban kalau menang...dah macam ngidam plak.. lagi2 kalo yang Rayban Aviator X3 tue..haha

so, ada dua kategori...tapi aku pilih yang updload gambar... nak buat slogan kang dah macam ayat nak jawab soalan exam plak...hahaha (alergik sikit)...



gambar ni waktu aku habis konvo kat UKM n tgh nak hantar jubah.. sempat lah menggila sini sana dan sinun kat dalam ukm sebelum balik ke Ipoh nak attend kuliah...huh! mujur tak kena tangkap ngan pak guard...haha

untuk itu, nak ajak la beberapa orang utk join contest ni...

1. Alan

haha, pe lagi jemput2 la buat yer

Monday, October 18, 2010

17/10/10

I should trust somebody dat I love so much!

sorry sebab terlalu cemburu...terlalu ego...terlalu pentingkan diri...

18/10/10: ini detik perubahan yang aku berjanji aku kotakan...

Tuesday, October 12, 2010

~~~

salam

Gembira rasa hati, aku lalui hari jumaat, sabtu dan ahad dengan penuh kegembiraan. Pergi ke suatu tempat meninggalkan semua rasa gelisah. Bukan perjalanan solo, tapi perjalanan dengan teman terulung!

Bahagia kalau dapat teman terulung, faham masalah kita, hadir pelengkap suasana dan sanggup berkorban apa sahaja. Susah nak dapat teman yang sanggup menangis bersama-sama.

thanks to you!
tak pernah terfikir bagaimana hidup tanpa kamu!

Tuesday, October 5, 2010

akhirnya~~

akhirnya aku akui!

aku penat memikirkan masa depan......

Monday, October 4, 2010

quickie!! ahaks

he makes me worry last nite


the new brake pad!

dats cost me another rm220!

everything for u boy!
(sound familiar? hahaha!)

before this rm250
for the new rear absorber

total this month: rm 470!

love u boy! hahaha

i will love U forever because u r my everything !
n

because of U,

i have find my true love!

Tuesday, September 28, 2010

komunikasi


salam

rajin plak nak update blog tersyg ni!
fuh2,sekarang dah masuk ke modul research. baru pulang dari interview ibu-ibu mengandung kat wad hospital Ipoh.

Perasaan, jangan nak cakapla,segan ada,malu ada, takot pon ada. Yela, yang masuk wad ni bukan sebab suka2..mcam2 ada masalah yang tersendiri. aku pon pernah masuk wad dulu. memang xselesa, sebab perasaan tak menentu.

Tapi tugas perlu dilaksanakan. Mulakan dulu dengan ucapan selamat, bertanya khabar. Dah ok, baru la tanya nama walaupun nama dah ada kat chart! haha. then tanya 4 digit ic diorg atau RN number kena la dicatatkan. Lama kelamaan, segan pon hilang. Fokus pada pertanyaan dan jawapan yang diberikan.. fuh3! seronoknya.. paling penting jgn judge orang pada keadaannya..

Harapan bila dah boleh merawat pesakit. dapatlah amalkan komunikasi dengan cara yang terbaik. Manusia bukan robot, walaupun aku lagi suka direct je cakap kalo tak suka.. bertempatlah kan... insyaAllah, dapatla kami siapkan projek ni.

hari ini belajar berkomunikasi. amin!! pasni nak belajar komunikasi indah ngan parent, kuarga, dgn yang membuatku tersenyum lebar, rakan-rakan dan semua lahh... mudah-mudahan takde lah yang akan terluka dengan kata-kata!


dah nak dekat sebulan lebey aku dah sihat! alhamdulillah!

tak sempurna

salam
  • dunia ibarat roda
  • sehari diatas, mungkin esok lusa
  • menjilat lantai berada dibawah

  • orang tua selalu berpesan
  • buat baik berpada-pada
  • buat jahat sekali sekala
  • tapi kalau buat fitnah...
  • wtf!!

  • aku insan biasa
  • masih biasa dalam size luar biasa
  • kerana aku tahu potensi ku biasa-biasa
  • yang kelak mampu berbisa
  • tanpa engkau menjangka

  • kata orang dengar-dengar
  • ambil iktibar, muhasabah segala
  • buat cermin diri yang tak sempurna
  • agar perbetul segala yang ada

  • aku bukan siapa-siapa
  • ku sedar aku tak sempurna
  • seperti kau jua

  • namun aku tak kesah apa-apa
  • kerna senyum ku sudah luar biasa
  • peneman hidup sentiasa ceria
  • menyuluh bahagia sepanjang masa

p/s : nila tortoru (tortora, toruk2)...baru pas operation pas kena belasah

Sunday, September 26, 2010

sekadar bercerita

salam

1. Alhamdulillah, hidupku dah semakin bagus. No more tears. Aku percaya sesuatu yang terjadi ada hikmah yang tersendiri. Aku hargai apa yang ada padaku. Selagi hayatku, aku untuk kamu!

2. Syukur juga, pengajian aku dah masuk ke klimaks tahun 'pre clinical'. Exam modul yang baru sahaja berlalu amat menduga kecekalan diri ini.tinggal 6 bulan sahaja lagi sebelum melangkah ke dunia clinical~ amin!

3. Hubungan aku dan keluarga semakin manis dan ceria! Ya Allah, ampunkahlah dosa kami sekeluarga, Panjangkanlah usia ibu bapaku, selamatkanlah kami dari kecelakaan dan musibah.Limpahkanlah rahmatMu dan hidayahMu!

4. Aku masih baru: Medic Bowl Tournament menguji kebolehan ku dalam memimpin. Maaf pada sesiapa yang terasa sepanjang majlis berlangsung. Debar dihati lebih dahsat dari apa yang kamu fikirkan. TQ tersangat-sangat kepada my big bro! sorry oit...gaji tarak..setakat makan-makan aku leh la bagi :]

5. Masih sukar nak uruskan rumah seorg diri. Senang sangat bersepah n i really need vaccum cleaner now! Banyak yang aku inginkan. Tapi usaha nak dapatkan terbatas, almaklumlah~ masih penganggur terhormat! ~argkhhh~~~gym,absorber,spek itam,vaccum cleaner~~ nafsu kowt! ahahaha

6. aku makin BULAT~~ cis!


Monday, September 20, 2010

Cinta Dalam Hatiku

Hadir mentari bersama cahaya
cinta dalam hatiku berbunga ceria
menyuluh bahagia sepanjang masa
dari awal permulaan bahtera

syukur diri diterima sempurna
walau kurangnya nampak ketara
kerana engkau permata dijiwa
membuak rindu rasa bahagia

usah dirisau bisikan sengsara
padamu juga aku setia
tempat aku bergantung rasa
buat aku rasa sempurna

tanpaku duga ribut menlanda
harungi juga sentiasa berdua
engkaulah insan penaung di dada
sumber ceria bertaut bahagia

Tapi jujurnya aku merisau
Hilangnya hati biru berkilau
Terasa diri bagai nak sasau
Tiada teman bernama engkau

kukuhlah bersama kita berdua
tersenyum melakar rima bersama
agar tiada duka melanda
kau Cinta Dalam Hatiku selamanya

p/s: sindrom pelik dah kembaliiiii!

Monday, September 13, 2010

selamat Hari Jadi Raya!

salam,

Selamat Hari Raya.. maaf zahir dan batin!
disebalik kesibukan sana sini,
Alhamdulillah, sempat jugak update blog ni..
Banyak benda yang berlaku dan pergi:

14 ogos 2010
Detik yang takkan aku lupa.
Kena demam denggi, siap naik ambulan hantar g hospital.
Merana gak la lebih 10 hari.. sabar je la...dugaan di bulan Puasa..

Naik je kuliah keje bertimbun-timbun..
naik cuti raya ni...exam plak...
kaco stimm je nak rayo (hehehe....)

haha... dalam 10 minit ag... genap la usia ku 23 tahun
amin! nak tunggu orang tersayang call..hehe
segan gak la p beraya... umur 23 patot dah keje...tp aku....hurmmm
insyaAllah...selesai nnt ada la ganjaran untuk org2 yg banyak menolong aku!

14 SEPTEMBER 2010
SELAMAT HARI jadi RAYA ENCIK HAKIMI!

Saturday, July 24, 2010

my name is IP

suke dengan gelaran baru ini!


Tuesday, June 29, 2010

omG~

OmG.. alredi two days late!

fening+ runsing+terdesak!

sabar je lah! wisau plak! damn!!!

MARA masuk la elaun cepat! nak beli barang ni!!!!!


Monday, June 28, 2010

kesibukan minggu ini!

salam!

hari ni bangun awal pulak. pukul 4.30 pagi dah bangun. Bukan ape, muka+idung semua gatal akibat resdung! cis, menyesal makan udang! Sempat la gak selak-selak info pasal discussion hari ni. Case: Dyspepsia. Kalau xtawu ape itu dyspepsia, paling senang cerita pasal gastrik larr! tp ianya lebih dari itu. Quite interesting, beriya betul bersedia pasal hal ni. Kelas insyaAllah dari pukul 8 pagi sampai pukul 12 lebey! Hari ni xyah masuk kelas statistik, khamis baru masuk...Yahuuuuu!

Tapi alkisahnya, esok mulalah kelas akan pack dari 8 pagi sampai pukul 5 petang. Aiyaksss! pejam celik, pejam celik dah 3 minggu since kuliah bermula. so, tinggal 3 minggu aje lagi before end of module assessment. Exam lagikkkk!! haaa... tu la dier dak medic, kalau pre clinical ni, dok pulun jelah! paling best banyak belajar benda baru! ilang la gak stress.

So, buat debaters yang akan berdebate utk president's cup... gudluck yer. Sape kata dak med xleh berdebat! haha....

p/s: minggu ni nak start kurangkan size pinggang!
p/s 2: berenang memang sangat best!
p/s 3: minggu ni katanya last kena bayar yuran pendaftaran.. haish!

Friday, June 25, 2010

kalau hati ini boleh bersuara!

kalau hati ini boleh bersuara;
mesti dapat keluahkan semuanya;
tentang ape yang tak mampu keluahkan dengan kata-kata;
yang selama ini hanya diselindungi dengan senyuman dan kata bersahaja.

mungkin aku bukan insan sempurna;
mungkin juga ada perasaan yang perlu dijaga;
mungkin aku tidak gagah dalam berkata-kata;
mungkin kerana itu, hati ini sering meronta-ronta....

terkadang marah bukan kerana sengaja;
lebih kepada luahan rasa;
kadang kala tidak kena pada tempatnya;
maaf juga akhirnya ku pinta!

andai aku mampu mendengar kata hatinya. mungkin aku akan lebih membahagiakannya!


p/s: sorry kepada my batch! xde niat pon nak terkasar bahasa.

Sunday, June 20, 2010

a new beginning!

salam!

fuhh..fuh..fuh!

here I am... still in love with my blog! this blog mean everything to my life!

Alhamdulillah, i have passed my phase 1A examination. Now, it is a new beginning of Phase 1B and i will facing much bigger examination which is Professional Examination 1..wakakaka...

I try to write in English even though feel so weird!! haha..

with a new beginning, there is a lot of problems and need to be solved. Registration fees one of the biggest problem! RM2220.00 must be paid before end of this month. worry, frustrating, ashamed of myself! I really don't want to put my parent in such an annoying situation! Its not my fault, the one should be blame is Unit Kewangan! They give us the invoice less than a week before claim for the payment! wt#....

For the new beginning, i have be selected as a president of Batch 1B. Not a glamerous position because i need to deal with lecture and administration staffs! I take it as a challenge to improve my confident level and my communications skill!

about the schedule! arghh! so damn pack!! no break b4 the end module assessment! wakakaka!

This is for the first week!

for the second week!

InsyaAllah, i will never and ever do the same mistakes in Phase 1B.. no more study at last minute..and no more main2 a lot.. main2 skit2 ok la kot...hehe...

p/s: want to promote my sister stall at Pantai Saujana Batu 4 Port dickson!

specialities: celup-celup served with deliciously home made gravy including sweet gravy, kuah kacang and spicy gravy!... also must try fried kueytiow with cockles. hehehe...

kalau bernasib baik... dapat jumpa aku! hehe

wasalam!

Thursday, April 22, 2010

ehemmm....saya dah kahwin

salam...

hakhakhak....gelak tak menahan....alhamdulillah, selepas hampir 9 bulan bercinta...akhirnya saya dah berkahwin.. Cinta padanya berbunga-bunga. Lebih hebat dr cinta adamaya tv3 tu. ..

haha...saya dah kahwin dengan MBBS...


ops.. (jgn marahkan aku, marahkan lecturer kat kolej tue..beriya suuh kahwin.)

insyaAllah, bulan depan nak pindah umah baru...then 2 tahun ag dapat baju n earphone baru...hik3

kimi dah poning!!!!!

selamat ber-revision medic unikl batch 09/10!

Saturday, April 17, 2010

perlunya bersyukur

salam

alhamdulillah, lega dah lepas menjawab soalan penilaian modul HIGO yang lalu. Syukur pada Ilahi kerana aku mendapat kepuasan apabila apa yang telah dipelajari, apabila diuji dapat pula memberi respon yang logik. Mulai hari ini tinggal 23 hari untuk menuju ke final. Ya Allah, pantasnya masa berlalu. Aku rindu nak balik ke rumah. InsyaAllah, mak akan datang lagi ke Ipoh. yeay!

Syukur padamu Ilahi, kerana aku berasa begitu bertuah dikurniakan bonda yang sungguh istimewa. Bonda yang sentiasa menyokong usaha anak-anaknya. Bonda tempat merintih duka ketika dilambung duka dan bonda tempat bergantung duit nak hidup tiap2 bulan.. hehe.. my mom is the best. Jangan sangka ayah saya tak hebat. Ayah pun hebat juga. Dalam usia dah 57tahun ni, masih gigih nak buat perniagaan agar kewangan keluarga terjamin. InsyaAllah nanti aku akan post kan pasal perniagaan kecil keluarga ku ini. Kepada orang sekitar Port Dickson mungkin dah kenal dengan Atieka steambot kot. hehe.. Syukur padamu Allah, mungkin ada insan yang diuji tidak mempunyai ibu atau bapa atau keduanya sekali. Namun aku masih lagi mendapat rahmat Mu.



Hatiku diruntun hiba apabila terlihat seorang pemuda yang seusia denganku meraih simpati untuk mendapatkan bantuan kerana dia menjadi mangsa kanser otak. SubhanaAllah, besar sungguh ujianMu pada insan itu. Terbantut nafsuku nak menjamah McD yang dibawa pulang ketika menonton rancangan itu. Perit rasanya nak telan fries McD tu meskipun perut mengelupur minta di isi.
Mungkin ada yang dah mula konpius kaitan penyakit pemuda tu dengan McD tu kan. Ceritanya begini, semestinya la sebagai seorang pelajar aku mempunyai masalah terutama masalah kewangan. Dengan duit hanya berbaki RMxx, untuk tempoh dua minggu lagi..terasa besar benar masalah yang melanda. Nak minta pada ibu ngan ayah, malas pulak nak susahkan mereka. Jadi aku mula membawa bekal untuk ke kolej. Sekurang-kurangnya, dapat juga berjimat. Selesai habis exam ada pula yang sudi bersedekah.. Aminnn...syukur..tQ pada yang belanja. Namun apabila terlihat masalah pemuda td, hatiku sayu. Ada orang lagi besar masalahnya dari aku. Kenapa aku tak bersyukur sedangkan aku masih lagi mampu hidup dengan sempurna..

InsyaAllah, aku mahu jadi orang yang bersyukur sentiasa.
Aku tak akan sia-siakan kehidupan yang ada.... amin.

kepada rakan-rakan blogger, sudi-sudilah menjenguk ke:

bantu saya menjadi pelajar terbaik dengan bertanyakan soalan. insyaAllah, mudah-mudahan dapat menbantu..

wasalam




Wednesday, March 31, 2010

susah sangat ke?

salam
semua... kali ni entry di tujukan buat diri-diri yang susah sangat nak mendisiplinkan hidup...
aku pon salah seorang daripadanya.. semoga peringatan menjadi iktibar buat semua...

mungkin n3 ni macam edisi nak tunjukan salah orang, namun demi kebaikan semua, aku perlu menegur! Menegur diriku juga..

Sebagai seorang yang berilmu, masa itu amat penting. what ever it is, masa juga menjadi penentu. Awal seminit dan lewat seminit memberi kesan kepada orang yang menghargai masa. Masa itu emas, itu la kata orang bijak pandai. Bagi orang yang tak beberapa pandai, masa itu biasa2 aje.. adaka ke patot...ishk3.

Kadang-kadang sedih melihat keadaan semasa, tentatifnya bermula pukul 8, hadirnya 8.30. Lewatnya 30 minit. Kamu itu siapa? hanya ibarat debu-debu diawangan. Jangan memberi alasan kalau 9/10 dari yang hadir dapat menepati masanya. Ini kita kan disiplin. Tak perlu nak ke sekolah yang baik-baik untuk menjadi seorang yang menghargai masa dan tak perlu beriya-iya memberi alasan untuk menyalahkan masa.

Kenapa perlu menepati masa. Mudah saja: untuk menjadi orang yang berjaya. Betoi2.. tapi kalo dr tadika sampai skrg ko nak jawab macam tu, wak lu! lembab ya amat otak ko... tak cukup zat ker? tak cukup zat...meh amek lemak aku. Kalo berjaya tepati masa, ko tak ganggu orang lain. tak la org menyumpah2 kat diri tu. Tak la nampak sgt rendahnya moral, tak reti nak hormati majlis org! dan tak la nampak sgt yang ko ni tak bersungguh2 nak join program tue.. ingat kita ni ibarat debu-debu diawangan, penting sangat ke ko? ..bila ditiup, melayang pergi ke hujung sana!

Aku juga pernah terlewat. Aku sedar! Namun bukan alasan untuk ulangi pada hari esok... Masih ada masa untuk jadi orang yang bersyukur. Niat dihati nak tegur secara terangan.. Namun aku sedar kekurangan diri!

Masih jauh perjalanan kita, sejauh itu jugalah masa yang ada untuk mengubah ketrampilan diri..
bukan setakat masa, cara berfikir, cara berpakaian, cara mendengar ilmu juga amat penting!

Kalo nak rasa diri di hormati, cubalah untuk hormat pada diri sendiri...
insyaAllah, aku akan terus memperbaiki diri. Kerana diriku begitu berharga...haha.

k la...ckuplah sampai disini... sama-sama lah menuju kejayaan...amin!
maaf kalo ada yang terasa
wasalam

Sunday, March 21, 2010

impian 2010

salam

mungkin terlewat nak buat impian dah suku tahun dah ni.. hoi, suka hati la...saje je lambat nak update...hahaha...ingat ilyana jer ke ada impian...aku pon ade gak...impian encik Hakimi! layanzzz...

Pertama sekali:

aku nak jadi insan yang lebih baik. Nak kata aku ni jahat sangat, tak la jugak. Kat kolej tu ada je yang lebih jahat dari aku...hahahaha...lagi pon aku tak la jahat sampai bunuh budak kecik..ciss!

Aku nak jadi diri aku, tapi wajibla mengikut syarat-syarat yang ditotapkan. Kepada sesiapa yang aku suka pukul dan sebagainya, gua dah bertaubat dah. K, peace no war!


Keduanya:

aku nak berjaya dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Bukan setakat mahu lulus je, yang penting mahu berjaya aplikasikan apa yang aku belajar. Kalau setakat nak lulus-lulus je, baik ko belajar je benda lain.

Lestarikan kehidupan..eceh...dulu pernah dengar lestarikan alam sekitar je kan..suka hati la labu!


Ketiganya:

Aku nak cari duit tambahan. Aku ni leh dikategorikan sebagai penghabis duit mak bapak jugak la. Tu tak termasuk duit aku dan orang sekeliling yang aku habiskan...haha.. kira2 kos penyelenggaraan aku ni tinggi gak la..hehe

Ntah la, aku berfikir nak la cari income melalui jadi tutor mengajor dak2 kecik ni.. Rugi oww..aku dah ada degree, tapi tak gunakan..adush! membazir!..

Tengok la...beberapa minggu lagi aku pergi la antar resume! tempatnya dah ada..cuma perlukan masa untuk bersedia! chaiyok2!


Keempatnya:

dah ada duit, maunya aku tak gunakan..Kos penyelengaraan yang tinggi harus dibayar..
takdelah...aku serderhana ajor! cuma ada lah beberapa barangan yang aku nak dapatkan menggunakan duit sendiri. barangan nya!

  1. Play stations
  2. Perfume
  3. Cermin mata hitam aku (Shade) sekali ngan power: mau tak RM 500 lebey!
  4. buku-buku medic (mahal lorr- tapi letak no 4...chitt)
  5. Nak beli ASB, sikit-sikit lama2 jadi gunung! wow.
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar!

Kelimanya:

aku nak bersungguh-sungguh dalam semua benda yang aku hajati. so, jangan la nak beremeh temeh ngan aku. haha..Aku nak turunkan berat badan! tapi...alamak...pelan2 la k!

Kepada semua yang diluar sana, aku ni jugak tolong kawan aku jual pad herba untuk wanita! haha bgus woo...nak try aku leh bagi sampel. maklumat dan penghantaran adalah dirahsiakan!

k la, esok dah mula balik kuliah! tema kuliah minggu depan adalah kanser! jadual! padat giler ngan asimen yang melambak2...aku dah sedia sikit2..mudah-mudahan semuanya sempurna..


cukup la dulu:
impian encik hakimi!
lalalala
wasalam!


Thursday, March 18, 2010

telur rebus!






salam...

syukran! sungguh ceria, gembira mak dan ayah ada di rumah... rumah mane??? rumah sewa ku di Ipoh lor...hehe..

mak dan ayah ada di Ipoh disebabkan adanya urusan keluarga..tak lama tapi cukup la melupakan kebosanan duduk keseorangan di rumah.

aku manja?
haha..manja la juga aku ni? hehe... manja la selagi diorang masih ada.. wan sayang mama n ayah!

dalam banyak jenis sifat dan peribadi orang yang ada dalam dunia ni. aku lebey menyukai menjadi seorang yang berdiplomasi, ceria, berfikiran luas dan suka melepaskan fikiran dari kekusutan. Perbincangan wadah aku mendapatkan jalan pasti atau penyelesaian. Mungkin ada yang tidak dapat menerima teguran secara berhadapan.. Namun aku tetap aku. Bila berbincang, penyelesaian pasti akan diperolehi. pastinya melalui jalan yang paling berhemah.

Telur rebus! aku suka perumpamaan ni.. kalau macam aku, dapat telur rebus..alamak, jadi sandwich telur aje la...nyummy! Tapi kalau dalam kiasan, telur rebus itu aku umpama perasaan..keadaan pasti akan jadi berbeza. Kalau dipegang longgar..kecepek la jatuh, kalau dipegang ketat2..jd telur hancur la alamatnya. Xfaham? aku faham...

haha, ape pon mesti bersederhana. itu jalan pastinya. jgn over, dan jangan kurang.. bermadah bagai kan.. haha

aku suka berkias, berkias itu indah. kadang-kadang kiasan nampak sungguh riak. kadang2 kiasan juga tak sampai pada maksud pada penerimanya.. Namun padaku, tiada niat memburukan sesuatu. Kerana aku suka yang terbaik untuk diri ku dan orang sekeliling ku..

pasni aku cadang nak tulis n3 pasal impian aku yang akan aku kejar..haha, still dalam draf penulisan...sama-sama la bantu aku ek...

k la, pada yang terasa pada tutur kata ku...sepuluh jari mohon maaf ku pohon pada mu!






wasalam!
credit pada teman yang bagi aku berfikir tentang hal ni! tQ k!

jangan lupa senyum...sebab senyum itu berharga!

Tuesday, March 16, 2010

tanpamu sahabat!

salam,

hai..susah benar aku nak mengupdate blog ni sejak kebelakangan ini. Syukur la, niat nak update tiap-tiap hari masih menjadi idaman. Pada waktu ni, aku masih bercuti selama seminggu sebelum menghabiskan beberapa minggu terakhir untuk modul darah, immunologi, genetik dan kanser. InsyaAllah, tak lama selepas itu akan bermula episode penuh kegigihan menghadapi peperiksaan akhir tahun 1.

Cuti kali ni, aku tak pulang ke rumah. Masih setia di Ipoh. Jangan buat spekiu kata aku tak sayang keluarga! InsyaAllah, ayah dan mama akan datang jumaat ni! Rindu sungguh! Ternyatalah, buat masa ni, aku sangat-sangat sunyi. Dah dua hari tak keluar rumah! Alasan aku: tak ada kawan nak diajak keluar. Alasan kedua, kalau keluar jalan-jalan, sah-sah membazir. Alasan paling skema: huh, nak study la wey :P

Saat- saat sunyi dan sepi begini, aku selalu teringat kawan-kawanku sama ada yang dahulu kala yang sudah tak bersua muka waima yang dekat di mata walaupun kadang-kadang rasa best gak tak jumpa korang! haha... Rindu wo ngan korang. Terbantut aktiviti tahap hypertyhroidism aku ni. Nak gi swimming tak dapat, nak cubit-cubit korang tak dapat.. nak paw ape tah lagi. Ishk3 korang ni, balik la cepat. Tak reti-reti ker nak exam dah ni...haha (alasan mamat sepi).

ramai-ramai kawan yang aku ada. Aku ada sahabat yang aku sanggup katakan banyak membantu hidup aku ni. Aku terhutang budi dari segi kewangan, semangat, kawan ketika sedih, ketika aku gembira dan kawan pada bila-bila masa. Pergorbanan kawan ku ni menimbulkan rasa hormat dan suatu hari nanti akan aku balas kembali! Paling aku ingat ketika aku tak cukup duit nak hard coverkan tesis aku sewaktu di UKM dulu. Dalam waktu macam tu, Allah je la yang tahu aku menangis pas tesis tu selamat sampai kat supervisor aku (lambat sikit hantar..haha). Kalau tak sempat, mesti grade tesis aku dah berubah jadi bentuk lain dan merosakkan peluang aku jadi pelajar kolej ni. Terima kasih sangat-sangat sahabat ku! banyak lagi kenangan kan...xbaik la nak war-warkan kat sini...hilang plaks pahala ko...hehe

Pada mu sahabatku! aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirimu! maafkan kalau ada kadang-kadang aku terkasar bahasa, termeluat gerak cara, terbosan perbincangan dan idea! semoga persahabatan ini kekal selamanya! Cepat-cepat cari pasangan hidup.. leh aku dapat anak buah dan bawak pi makan ice cream mahal2.haha...

Pada kawan-kawan yang ada, thanks menemani hari-hari yang mendatang. Terima kasih menegur salah laku aku yang naif ini. Semoga rahmat Ilahi mendampingi kita!



wasalam!

Wednesday, March 3, 2010

miss you




L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Love was made for me and you

quite long not spending tyme to write something here. busy with all the lectures, books revisions...what a life...but i like it..

sumetime everythings look perfects, but there is one or two days feel like s@#$. ecspecially when deal with F@#$ing people..

xpe2...aku hidup cara yang aku senang...demi apa yang aku nak capai.. ko? ape2 ajela...asalkan bahagiakan usus kecik ko jadilah..

insyaAllah penghujung april ni dah dekatla dengan final exam. BERDEBAR sangat! hope everthing will be fine..

cakap pasal rindu...biasalah kan..xemestinya rindu pada kekasih. rindu pada mak n ayah juga rindu ape...rindu kat kawan...rindu kat SECRET recipe, paling aku suka...rindu kat kopi yang sedap2! hehehe...

xsalah merindu ni, cuma kawalan itu perlu bagi menjamin kualiti merindu itu tidak menyusahkan orang yang dirindu dan perindu. rindu dengan terkawal, insyaAllah akan menambahkan rasa CINTA dan kasih sayang! buat yang aku rindu.. sentiasalah doakan kesejahteraan diriku disini, kerana aku juga sentiasa berdoa agar kamu sihat dan ceria di sana hendaknya!

tak dilupakan...RINDU pada NABI MUHAMAD SAW itu kan lagi penting!

selawat dan salam ke atas nabi junjungan!

wasalam!

Sunday, February 7, 2010

doakan aku!

salam semua!

bermulanya hari esok. perasaan pasti akan berdebar-debar. InsyaAllah aku boleh. Lupakan semua masalah, fokus pada yang ini dahulu. kadang-kadang melupakan masalah adalah jalan terbaik untuk lebih cemerlang!

tamat sudah hampir dua bulan kuliah berkaitan modul kardiovaskular dan respiratori. Tak mampu janjikan terbaik untuk exam modul ini. sekurang-kurangnya, gambaran awal mengenainya sudah ada dalam fikiran. 26 April pula, bermulanya exam final Phase 1A. Harap-harap aku tenang hadapi exam ni untuk masuk ke Phase 1B pulak..

kadang-kadang bosannya bila memikirkan waktu yang panjang yang perlu dilalui

Tq pada kamu! semangatku untuk terus berjuang, pemberi keceriaan pada diri ini!

Thursday, January 14, 2010

tirednesstress syndrome

poor prognosis of the disease.
still in unstable conditions..

Alhaqimi complain having all of the symptoms of tirednesstress syndrome about a week before.

Test done and shown:
CVS-itis, Msias-itis, Cocuri-nopia..
worsen by technicalcom stresstobaccilus.

treatment:
1. someone special theraphy
2. gym theraphy.
3. swimming class theraphy
4. kutuk org theraphy



p/s: sindrom gila aku dah datang..siot la jadual..8-5, 8-6,8-7...arghhhh

lalalala...daa




Tuesday, January 5, 2010

2010: first entry

for
whom may it concern..
(you know who you are =])
how special to have you in my life!

its never too late for me to said this:

I LOVE YOU SO MUCH!!

I accept what ever changes occurs between us!

i will wait.. forever!
to read your "haha" in sms..

to hear you 'kutuk2' in phone call..

because...i'm nothing without you..
and i can't imagine life without you...


p/s: a lot of grammartical mistake! sorry..saya budak baru belajar...