Wednesday, March 31, 2010

susah sangat ke?

salam
semua... kali ni entry di tujukan buat diri-diri yang susah sangat nak mendisiplinkan hidup...
aku pon salah seorang daripadanya.. semoga peringatan menjadi iktibar buat semua...

mungkin n3 ni macam edisi nak tunjukan salah orang, namun demi kebaikan semua, aku perlu menegur! Menegur diriku juga..

Sebagai seorang yang berilmu, masa itu amat penting. what ever it is, masa juga menjadi penentu. Awal seminit dan lewat seminit memberi kesan kepada orang yang menghargai masa. Masa itu emas, itu la kata orang bijak pandai. Bagi orang yang tak beberapa pandai, masa itu biasa2 aje.. adaka ke patot...ishk3.

Kadang-kadang sedih melihat keadaan semasa, tentatifnya bermula pukul 8, hadirnya 8.30. Lewatnya 30 minit. Kamu itu siapa? hanya ibarat debu-debu diawangan. Jangan memberi alasan kalau 9/10 dari yang hadir dapat menepati masanya. Ini kita kan disiplin. Tak perlu nak ke sekolah yang baik-baik untuk menjadi seorang yang menghargai masa dan tak perlu beriya-iya memberi alasan untuk menyalahkan masa.

Kenapa perlu menepati masa. Mudah saja: untuk menjadi orang yang berjaya. Betoi2.. tapi kalo dr tadika sampai skrg ko nak jawab macam tu, wak lu! lembab ya amat otak ko... tak cukup zat ker? tak cukup zat...meh amek lemak aku. Kalo berjaya tepati masa, ko tak ganggu orang lain. tak la org menyumpah2 kat diri tu. Tak la nampak sgt rendahnya moral, tak reti nak hormati majlis org! dan tak la nampak sgt yang ko ni tak bersungguh2 nak join program tue.. ingat kita ni ibarat debu-debu diawangan, penting sangat ke ko? ..bila ditiup, melayang pergi ke hujung sana!

Aku juga pernah terlewat. Aku sedar! Namun bukan alasan untuk ulangi pada hari esok... Masih ada masa untuk jadi orang yang bersyukur. Niat dihati nak tegur secara terangan.. Namun aku sedar kekurangan diri!

Masih jauh perjalanan kita, sejauh itu jugalah masa yang ada untuk mengubah ketrampilan diri..
bukan setakat masa, cara berfikir, cara berpakaian, cara mendengar ilmu juga amat penting!

Kalo nak rasa diri di hormati, cubalah untuk hormat pada diri sendiri...
insyaAllah, aku akan terus memperbaiki diri. Kerana diriku begitu berharga...haha.

k la...ckuplah sampai disini... sama-sama lah menuju kejayaan...amin!
maaf kalo ada yang terasa
wasalam

Sunday, March 21, 2010

impian 2010

salam

mungkin terlewat nak buat impian dah suku tahun dah ni.. hoi, suka hati la...saje je lambat nak update...hahaha...ingat ilyana jer ke ada impian...aku pon ade gak...impian encik Hakimi! layanzzz...

Pertama sekali:

aku nak jadi insan yang lebih baik. Nak kata aku ni jahat sangat, tak la jugak. Kat kolej tu ada je yang lebih jahat dari aku...hahahaha...lagi pon aku tak la jahat sampai bunuh budak kecik..ciss!

Aku nak jadi diri aku, tapi wajibla mengikut syarat-syarat yang ditotapkan. Kepada sesiapa yang aku suka pukul dan sebagainya, gua dah bertaubat dah. K, peace no war!


Keduanya:

aku nak berjaya dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Bukan setakat mahu lulus je, yang penting mahu berjaya aplikasikan apa yang aku belajar. Kalau setakat nak lulus-lulus je, baik ko belajar je benda lain.

Lestarikan kehidupan..eceh...dulu pernah dengar lestarikan alam sekitar je kan..suka hati la labu!


Ketiganya:

Aku nak cari duit tambahan. Aku ni leh dikategorikan sebagai penghabis duit mak bapak jugak la. Tu tak termasuk duit aku dan orang sekeliling yang aku habiskan...haha.. kira2 kos penyelenggaraan aku ni tinggi gak la..hehe

Ntah la, aku berfikir nak la cari income melalui jadi tutor mengajor dak2 kecik ni.. Rugi oww..aku dah ada degree, tapi tak gunakan..adush! membazir!..

Tengok la...beberapa minggu lagi aku pergi la antar resume! tempatnya dah ada..cuma perlukan masa untuk bersedia! chaiyok2!


Keempatnya:

dah ada duit, maunya aku tak gunakan..Kos penyelengaraan yang tinggi harus dibayar..
takdelah...aku serderhana ajor! cuma ada lah beberapa barangan yang aku nak dapatkan menggunakan duit sendiri. barangan nya!

  1. Play stations
  2. Perfume
  3. Cermin mata hitam aku (Shade) sekali ngan power: mau tak RM 500 lebey!
  4. buku-buku medic (mahal lorr- tapi letak no 4...chitt)
  5. Nak beli ASB, sikit-sikit lama2 jadi gunung! wow.
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar!

Kelimanya:

aku nak bersungguh-sungguh dalam semua benda yang aku hajati. so, jangan la nak beremeh temeh ngan aku. haha..Aku nak turunkan berat badan! tapi...alamak...pelan2 la k!

Kepada semua yang diluar sana, aku ni jugak tolong kawan aku jual pad herba untuk wanita! haha bgus woo...nak try aku leh bagi sampel. maklumat dan penghantaran adalah dirahsiakan!

k la, esok dah mula balik kuliah! tema kuliah minggu depan adalah kanser! jadual! padat giler ngan asimen yang melambak2...aku dah sedia sikit2..mudah-mudahan semuanya sempurna..


cukup la dulu:
impian encik hakimi!
lalalala
wasalam!


Thursday, March 18, 2010

telur rebus!






salam...

syukran! sungguh ceria, gembira mak dan ayah ada di rumah... rumah mane??? rumah sewa ku di Ipoh lor...hehe..

mak dan ayah ada di Ipoh disebabkan adanya urusan keluarga..tak lama tapi cukup la melupakan kebosanan duduk keseorangan di rumah.

aku manja?
haha..manja la juga aku ni? hehe... manja la selagi diorang masih ada.. wan sayang mama n ayah!

dalam banyak jenis sifat dan peribadi orang yang ada dalam dunia ni. aku lebey menyukai menjadi seorang yang berdiplomasi, ceria, berfikiran luas dan suka melepaskan fikiran dari kekusutan. Perbincangan wadah aku mendapatkan jalan pasti atau penyelesaian. Mungkin ada yang tidak dapat menerima teguran secara berhadapan.. Namun aku tetap aku. Bila berbincang, penyelesaian pasti akan diperolehi. pastinya melalui jalan yang paling berhemah.

Telur rebus! aku suka perumpamaan ni.. kalau macam aku, dapat telur rebus..alamak, jadi sandwich telur aje la...nyummy! Tapi kalau dalam kiasan, telur rebus itu aku umpama perasaan..keadaan pasti akan jadi berbeza. Kalau dipegang longgar..kecepek la jatuh, kalau dipegang ketat2..jd telur hancur la alamatnya. Xfaham? aku faham...

haha, ape pon mesti bersederhana. itu jalan pastinya. jgn over, dan jangan kurang.. bermadah bagai kan.. haha

aku suka berkias, berkias itu indah. kadang-kadang kiasan nampak sungguh riak. kadang2 kiasan juga tak sampai pada maksud pada penerimanya.. Namun padaku, tiada niat memburukan sesuatu. Kerana aku suka yang terbaik untuk diri ku dan orang sekeliling ku..

pasni aku cadang nak tulis n3 pasal impian aku yang akan aku kejar..haha, still dalam draf penulisan...sama-sama la bantu aku ek...

k la, pada yang terasa pada tutur kata ku...sepuluh jari mohon maaf ku pohon pada mu!






wasalam!
credit pada teman yang bagi aku berfikir tentang hal ni! tQ k!

jangan lupa senyum...sebab senyum itu berharga!

Tuesday, March 16, 2010

tanpamu sahabat!

salam,

hai..susah benar aku nak mengupdate blog ni sejak kebelakangan ini. Syukur la, niat nak update tiap-tiap hari masih menjadi idaman. Pada waktu ni, aku masih bercuti selama seminggu sebelum menghabiskan beberapa minggu terakhir untuk modul darah, immunologi, genetik dan kanser. InsyaAllah, tak lama selepas itu akan bermula episode penuh kegigihan menghadapi peperiksaan akhir tahun 1.

Cuti kali ni, aku tak pulang ke rumah. Masih setia di Ipoh. Jangan buat spekiu kata aku tak sayang keluarga! InsyaAllah, ayah dan mama akan datang jumaat ni! Rindu sungguh! Ternyatalah, buat masa ni, aku sangat-sangat sunyi. Dah dua hari tak keluar rumah! Alasan aku: tak ada kawan nak diajak keluar. Alasan kedua, kalau keluar jalan-jalan, sah-sah membazir. Alasan paling skema: huh, nak study la wey :P

Saat- saat sunyi dan sepi begini, aku selalu teringat kawan-kawanku sama ada yang dahulu kala yang sudah tak bersua muka waima yang dekat di mata walaupun kadang-kadang rasa best gak tak jumpa korang! haha... Rindu wo ngan korang. Terbantut aktiviti tahap hypertyhroidism aku ni. Nak gi swimming tak dapat, nak cubit-cubit korang tak dapat.. nak paw ape tah lagi. Ishk3 korang ni, balik la cepat. Tak reti-reti ker nak exam dah ni...haha (alasan mamat sepi).

ramai-ramai kawan yang aku ada. Aku ada sahabat yang aku sanggup katakan banyak membantu hidup aku ni. Aku terhutang budi dari segi kewangan, semangat, kawan ketika sedih, ketika aku gembira dan kawan pada bila-bila masa. Pergorbanan kawan ku ni menimbulkan rasa hormat dan suatu hari nanti akan aku balas kembali! Paling aku ingat ketika aku tak cukup duit nak hard coverkan tesis aku sewaktu di UKM dulu. Dalam waktu macam tu, Allah je la yang tahu aku menangis pas tesis tu selamat sampai kat supervisor aku (lambat sikit hantar..haha). Kalau tak sempat, mesti grade tesis aku dah berubah jadi bentuk lain dan merosakkan peluang aku jadi pelajar kolej ni. Terima kasih sangat-sangat sahabat ku! banyak lagi kenangan kan...xbaik la nak war-warkan kat sini...hilang plaks pahala ko...hehe

Pada mu sahabatku! aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirimu! maafkan kalau ada kadang-kadang aku terkasar bahasa, termeluat gerak cara, terbosan perbincangan dan idea! semoga persahabatan ini kekal selamanya! Cepat-cepat cari pasangan hidup.. leh aku dapat anak buah dan bawak pi makan ice cream mahal2.haha...

Pada kawan-kawan yang ada, thanks menemani hari-hari yang mendatang. Terima kasih menegur salah laku aku yang naif ini. Semoga rahmat Ilahi mendampingi kita!



wasalam!

Wednesday, March 3, 2010

miss you




L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Love was made for me and you

quite long not spending tyme to write something here. busy with all the lectures, books revisions...what a life...but i like it..

sumetime everythings look perfects, but there is one or two days feel like s@#$. ecspecially when deal with F@#$ing people..

xpe2...aku hidup cara yang aku senang...demi apa yang aku nak capai.. ko? ape2 ajela...asalkan bahagiakan usus kecik ko jadilah..

insyaAllah penghujung april ni dah dekatla dengan final exam. BERDEBAR sangat! hope everthing will be fine..

cakap pasal rindu...biasalah kan..xemestinya rindu pada kekasih. rindu pada mak n ayah juga rindu ape...rindu kat kawan...rindu kat SECRET recipe, paling aku suka...rindu kat kopi yang sedap2! hehehe...

xsalah merindu ni, cuma kawalan itu perlu bagi menjamin kualiti merindu itu tidak menyusahkan orang yang dirindu dan perindu. rindu dengan terkawal, insyaAllah akan menambahkan rasa CINTA dan kasih sayang! buat yang aku rindu.. sentiasalah doakan kesejahteraan diriku disini, kerana aku juga sentiasa berdoa agar kamu sihat dan ceria di sana hendaknya!

tak dilupakan...RINDU pada NABI MUHAMAD SAW itu kan lagi penting!

selawat dan salam ke atas nabi junjungan!

wasalam!