Sunday, March 21, 2010

impian 2010

salam

mungkin terlewat nak buat impian dah suku tahun dah ni.. hoi, suka hati la...saje je lambat nak update...hahaha...ingat ilyana jer ke ada impian...aku pon ade gak...impian encik Hakimi! layanzzz...

Pertama sekali:

aku nak jadi insan yang lebih baik. Nak kata aku ni jahat sangat, tak la jugak. Kat kolej tu ada je yang lebih jahat dari aku...hahahaha...lagi pon aku tak la jahat sampai bunuh budak kecik..ciss!

Aku nak jadi diri aku, tapi wajibla mengikut syarat-syarat yang ditotapkan. Kepada sesiapa yang aku suka pukul dan sebagainya, gua dah bertaubat dah. K, peace no war!


Keduanya:

aku nak berjaya dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Bukan setakat mahu lulus je, yang penting mahu berjaya aplikasikan apa yang aku belajar. Kalau setakat nak lulus-lulus je, baik ko belajar je benda lain.

Lestarikan kehidupan..eceh...dulu pernah dengar lestarikan alam sekitar je kan..suka hati la labu!


Ketiganya:

Aku nak cari duit tambahan. Aku ni leh dikategorikan sebagai penghabis duit mak bapak jugak la. Tu tak termasuk duit aku dan orang sekeliling yang aku habiskan...haha.. kira2 kos penyelenggaraan aku ni tinggi gak la..hehe

Ntah la, aku berfikir nak la cari income melalui jadi tutor mengajor dak2 kecik ni.. Rugi oww..aku dah ada degree, tapi tak gunakan..adush! membazir!..

Tengok la...beberapa minggu lagi aku pergi la antar resume! tempatnya dah ada..cuma perlukan masa untuk bersedia! chaiyok2!


Keempatnya:

dah ada duit, maunya aku tak gunakan..Kos penyelengaraan yang tinggi harus dibayar..
takdelah...aku serderhana ajor! cuma ada lah beberapa barangan yang aku nak dapatkan menggunakan duit sendiri. barangan nya!

  1. Play stations
  2. Perfume
  3. Cermin mata hitam aku (Shade) sekali ngan power: mau tak RM 500 lebey!
  4. buku-buku medic (mahal lorr- tapi letak no 4...chitt)
  5. Nak beli ASB, sikit-sikit lama2 jadi gunung! wow.
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar!

Kelimanya:

aku nak bersungguh-sungguh dalam semua benda yang aku hajati. so, jangan la nak beremeh temeh ngan aku. haha..Aku nak turunkan berat badan! tapi...alamak...pelan2 la k!

Kepada semua yang diluar sana, aku ni jugak tolong kawan aku jual pad herba untuk wanita! haha bgus woo...nak try aku leh bagi sampel. maklumat dan penghantaran adalah dirahsiakan!

k la, esok dah mula balik kuliah! tema kuliah minggu depan adalah kanser! jadual! padat giler ngan asimen yang melambak2...aku dah sedia sikit2..mudah-mudahan semuanya sempurna..


cukup la dulu:
impian encik hakimi!
lalalala
wasalam!


8 comments:

Sly Nolan said...

u can co it~ aja aja fighting~!!

A man's dreams are an index to his greatness.
Zadok Rabinwitz

DrSam said...

sekurang-kurangnya haqimi ada impian untu dicapai. alangkah malangnya jika seseorang itu tiada langsung memasang cita-cita/impian untuk dikejar.

Semoga tercapai segala hajat dihati.

sI tEDI said...

InsyaAllah..
saling doa mendoakan

aShaBuLz said...

wah....bestnya ada impian...tapi impian nak beli play station tu kene update...jadi play station 3. haha

budak kampung said...

semoge impian tercapai :-)

alhaqimi said...

Sly Nolan: tQ... u can do it too!

Dr Sam: InsyaAllah, doakan saya untuk berjaya!

Si tedi: amin! rahmat ke atas kamu juga!

alhaqimi said...

ashabulz: PS3 pakai blue ray...xmampo la

alhaqimi said...

budak kampung: insyAllah!