Wednesday, March 31, 2010

susah sangat ke?

salam
semua... kali ni entry di tujukan buat diri-diri yang susah sangat nak mendisiplinkan hidup...
aku pon salah seorang daripadanya.. semoga peringatan menjadi iktibar buat semua...

mungkin n3 ni macam edisi nak tunjukan salah orang, namun demi kebaikan semua, aku perlu menegur! Menegur diriku juga..

Sebagai seorang yang berilmu, masa itu amat penting. what ever it is, masa juga menjadi penentu. Awal seminit dan lewat seminit memberi kesan kepada orang yang menghargai masa. Masa itu emas, itu la kata orang bijak pandai. Bagi orang yang tak beberapa pandai, masa itu biasa2 aje.. adaka ke patot...ishk3.

Kadang-kadang sedih melihat keadaan semasa, tentatifnya bermula pukul 8, hadirnya 8.30. Lewatnya 30 minit. Kamu itu siapa? hanya ibarat debu-debu diawangan. Jangan memberi alasan kalau 9/10 dari yang hadir dapat menepati masanya. Ini kita kan disiplin. Tak perlu nak ke sekolah yang baik-baik untuk menjadi seorang yang menghargai masa dan tak perlu beriya-iya memberi alasan untuk menyalahkan masa.

Kenapa perlu menepati masa. Mudah saja: untuk menjadi orang yang berjaya. Betoi2.. tapi kalo dr tadika sampai skrg ko nak jawab macam tu, wak lu! lembab ya amat otak ko... tak cukup zat ker? tak cukup zat...meh amek lemak aku. Kalo berjaya tepati masa, ko tak ganggu orang lain. tak la org menyumpah2 kat diri tu. Tak la nampak sgt rendahnya moral, tak reti nak hormati majlis org! dan tak la nampak sgt yang ko ni tak bersungguh2 nak join program tue.. ingat kita ni ibarat debu-debu diawangan, penting sangat ke ko? ..bila ditiup, melayang pergi ke hujung sana!

Aku juga pernah terlewat. Aku sedar! Namun bukan alasan untuk ulangi pada hari esok... Masih ada masa untuk jadi orang yang bersyukur. Niat dihati nak tegur secara terangan.. Namun aku sedar kekurangan diri!

Masih jauh perjalanan kita, sejauh itu jugalah masa yang ada untuk mengubah ketrampilan diri..
bukan setakat masa, cara berfikir, cara berpakaian, cara mendengar ilmu juga amat penting!

Kalo nak rasa diri di hormati, cubalah untuk hormat pada diri sendiri...
insyaAllah, aku akan terus memperbaiki diri. Kerana diriku begitu berharga...haha.

k la...ckuplah sampai disini... sama-sama lah menuju kejayaan...amin!
maaf kalo ada yang terasa
wasalam

7 comments:

asrulhadi said...

(^_^)inshaALLAH..akan diambil iktibar..n3 yg sgt baik..!

asrulhadi said...

(^_^)ingatan utk saya juga..inshaALLAH..akan dijadikan iktibar...knape kita perlu tepati masa? sbb itu perintah ALLAH(ingtn keras utk saya terutamanya) ..wallahualam..

alhaqimi said...

amin! asrul budak baik!

betoi2! hargailah masa... sebab itu tanda orang bersyukur! syukur nikmat oleh Nya!

~Dhamirah~ said...

safwan : really a good entry..
insya Allah mudah-mudahan kite tergolong dlm orang2 yang menjaga dan menghargai masa.. ameen :)
all the best to u

alhaqimi said...

Dhamirah: tQ!

raudah said...

hurmmm sume owg kata good aq nk kata x good lah(-_-) hehehe...people make mistake...tp yg pntg kne baiki diri tiap hari...so wishing u all the best in your LIFE!! hidup bkn utk mnempah nama(^_^)

alhaqimi said...

xgud...ishk3...

xkisah la...hidup ni kene saling ingat mengingati.. yang paling penting memberi ingatan kepada diri sendiri..

all the best to you too!