Tuesday, March 16, 2010

tanpamu sahabat!

salam,

hai..susah benar aku nak mengupdate blog ni sejak kebelakangan ini. Syukur la, niat nak update tiap-tiap hari masih menjadi idaman. Pada waktu ni, aku masih bercuti selama seminggu sebelum menghabiskan beberapa minggu terakhir untuk modul darah, immunologi, genetik dan kanser. InsyaAllah, tak lama selepas itu akan bermula episode penuh kegigihan menghadapi peperiksaan akhir tahun 1.

Cuti kali ni, aku tak pulang ke rumah. Masih setia di Ipoh. Jangan buat spekiu kata aku tak sayang keluarga! InsyaAllah, ayah dan mama akan datang jumaat ni! Rindu sungguh! Ternyatalah, buat masa ni, aku sangat-sangat sunyi. Dah dua hari tak keluar rumah! Alasan aku: tak ada kawan nak diajak keluar. Alasan kedua, kalau keluar jalan-jalan, sah-sah membazir. Alasan paling skema: huh, nak study la wey :P

Saat- saat sunyi dan sepi begini, aku selalu teringat kawan-kawanku sama ada yang dahulu kala yang sudah tak bersua muka waima yang dekat di mata walaupun kadang-kadang rasa best gak tak jumpa korang! haha... Rindu wo ngan korang. Terbantut aktiviti tahap hypertyhroidism aku ni. Nak gi swimming tak dapat, nak cubit-cubit korang tak dapat.. nak paw ape tah lagi. Ishk3 korang ni, balik la cepat. Tak reti-reti ker nak exam dah ni...haha (alasan mamat sepi).

ramai-ramai kawan yang aku ada. Aku ada sahabat yang aku sanggup katakan banyak membantu hidup aku ni. Aku terhutang budi dari segi kewangan, semangat, kawan ketika sedih, ketika aku gembira dan kawan pada bila-bila masa. Pergorbanan kawan ku ni menimbulkan rasa hormat dan suatu hari nanti akan aku balas kembali! Paling aku ingat ketika aku tak cukup duit nak hard coverkan tesis aku sewaktu di UKM dulu. Dalam waktu macam tu, Allah je la yang tahu aku menangis pas tesis tu selamat sampai kat supervisor aku (lambat sikit hantar..haha). Kalau tak sempat, mesti grade tesis aku dah berubah jadi bentuk lain dan merosakkan peluang aku jadi pelajar kolej ni. Terima kasih sangat-sangat sahabat ku! banyak lagi kenangan kan...xbaik la nak war-warkan kat sini...hilang plaks pahala ko...hehe

Pada mu sahabatku! aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirimu! maafkan kalau ada kadang-kadang aku terkasar bahasa, termeluat gerak cara, terbosan perbincangan dan idea! semoga persahabatan ini kekal selamanya! Cepat-cepat cari pasangan hidup.. leh aku dapat anak buah dan bawak pi makan ice cream mahal2.haha...

Pada kawan-kawan yang ada, thanks menemani hari-hari yang mendatang. Terima kasih menegur salah laku aku yang naif ini. Semoga rahmat Ilahi mendampingi kita!



wasalam!

5 comments:

sI tEDI said...

good luck!

aShaBuLz said...

nak gak member cam ni!!

ezam said...

bagus dapat member2 cengginieh...

senang taim2 kering...

heheheheheh

alhaqimi said...

sI tedi: haha, thanx!

ashabulz: haha, g la crik...aku dah dapat.. gembira ooo...teman suka duka..insyaAllah!

alhaqimi said...

ezam: haha, best2...tp takde la nak keringkan dier aje...minta bantuan pabila perlu la..sama2...baru idop bahagia kan!