Saturday, April 17, 2010

perlunya bersyukur

salam

alhamdulillah, lega dah lepas menjawab soalan penilaian modul HIGO yang lalu. Syukur pada Ilahi kerana aku mendapat kepuasan apabila apa yang telah dipelajari, apabila diuji dapat pula memberi respon yang logik. Mulai hari ini tinggal 23 hari untuk menuju ke final. Ya Allah, pantasnya masa berlalu. Aku rindu nak balik ke rumah. InsyaAllah, mak akan datang lagi ke Ipoh. yeay!

Syukur padamu Ilahi, kerana aku berasa begitu bertuah dikurniakan bonda yang sungguh istimewa. Bonda yang sentiasa menyokong usaha anak-anaknya. Bonda tempat merintih duka ketika dilambung duka dan bonda tempat bergantung duit nak hidup tiap2 bulan.. hehe.. my mom is the best. Jangan sangka ayah saya tak hebat. Ayah pun hebat juga. Dalam usia dah 57tahun ni, masih gigih nak buat perniagaan agar kewangan keluarga terjamin. InsyaAllah nanti aku akan post kan pasal perniagaan kecil keluarga ku ini. Kepada orang sekitar Port Dickson mungkin dah kenal dengan Atieka steambot kot. hehe.. Syukur padamu Allah, mungkin ada insan yang diuji tidak mempunyai ibu atau bapa atau keduanya sekali. Namun aku masih lagi mendapat rahmat Mu.



Hatiku diruntun hiba apabila terlihat seorang pemuda yang seusia denganku meraih simpati untuk mendapatkan bantuan kerana dia menjadi mangsa kanser otak. SubhanaAllah, besar sungguh ujianMu pada insan itu. Terbantut nafsuku nak menjamah McD yang dibawa pulang ketika menonton rancangan itu. Perit rasanya nak telan fries McD tu meskipun perut mengelupur minta di isi.
Mungkin ada yang dah mula konpius kaitan penyakit pemuda tu dengan McD tu kan. Ceritanya begini, semestinya la sebagai seorang pelajar aku mempunyai masalah terutama masalah kewangan. Dengan duit hanya berbaki RMxx, untuk tempoh dua minggu lagi..terasa besar benar masalah yang melanda. Nak minta pada ibu ngan ayah, malas pulak nak susahkan mereka. Jadi aku mula membawa bekal untuk ke kolej. Sekurang-kurangnya, dapat juga berjimat. Selesai habis exam ada pula yang sudi bersedekah.. Aminnn...syukur..tQ pada yang belanja. Namun apabila terlihat masalah pemuda td, hatiku sayu. Ada orang lagi besar masalahnya dari aku. Kenapa aku tak bersyukur sedangkan aku masih lagi mampu hidup dengan sempurna..

InsyaAllah, aku mahu jadi orang yang bersyukur sentiasa.
Aku tak akan sia-siakan kehidupan yang ada.... amin.

kepada rakan-rakan blogger, sudi-sudilah menjenguk ke:

bantu saya menjadi pelajar terbaik dengan bertanyakan soalan. insyaAllah, mudah-mudahan dapat menbantu..

wasalam




0 comments: