Tuesday, September 28, 2010

komunikasi


salam

rajin plak nak update blog tersyg ni!
fuh2,sekarang dah masuk ke modul research. baru pulang dari interview ibu-ibu mengandung kat wad hospital Ipoh.

Perasaan, jangan nak cakapla,segan ada,malu ada, takot pon ada. Yela, yang masuk wad ni bukan sebab suka2..mcam2 ada masalah yang tersendiri. aku pon pernah masuk wad dulu. memang xselesa, sebab perasaan tak menentu.

Tapi tugas perlu dilaksanakan. Mulakan dulu dengan ucapan selamat, bertanya khabar. Dah ok, baru la tanya nama walaupun nama dah ada kat chart! haha. then tanya 4 digit ic diorg atau RN number kena la dicatatkan. Lama kelamaan, segan pon hilang. Fokus pada pertanyaan dan jawapan yang diberikan.. fuh3! seronoknya.. paling penting jgn judge orang pada keadaannya..

Harapan bila dah boleh merawat pesakit. dapatlah amalkan komunikasi dengan cara yang terbaik. Manusia bukan robot, walaupun aku lagi suka direct je cakap kalo tak suka.. bertempatlah kan... insyaAllah, dapatla kami siapkan projek ni.

hari ini belajar berkomunikasi. amin!! pasni nak belajar komunikasi indah ngan parent, kuarga, dgn yang membuatku tersenyum lebar, rakan-rakan dan semua lahh... mudah-mudahan takde lah yang akan terluka dengan kata-kata!


dah nak dekat sebulan lebey aku dah sihat! alhamdulillah!

tak sempurna

salam
  • dunia ibarat roda
  • sehari diatas, mungkin esok lusa
  • menjilat lantai berada dibawah

  • orang tua selalu berpesan
  • buat baik berpada-pada
  • buat jahat sekali sekala
  • tapi kalau buat fitnah...
  • wtf!!

  • aku insan biasa
  • masih biasa dalam size luar biasa
  • kerana aku tahu potensi ku biasa-biasa
  • yang kelak mampu berbisa
  • tanpa engkau menjangka

  • kata orang dengar-dengar
  • ambil iktibar, muhasabah segala
  • buat cermin diri yang tak sempurna
  • agar perbetul segala yang ada

  • aku bukan siapa-siapa
  • ku sedar aku tak sempurna
  • seperti kau jua

  • namun aku tak kesah apa-apa
  • kerna senyum ku sudah luar biasa
  • peneman hidup sentiasa ceria
  • menyuluh bahagia sepanjang masa

p/s : nila tortoru (tortora, toruk2)...baru pas operation pas kena belasah

Sunday, September 26, 2010

sekadar bercerita

salam

1. Alhamdulillah, hidupku dah semakin bagus. No more tears. Aku percaya sesuatu yang terjadi ada hikmah yang tersendiri. Aku hargai apa yang ada padaku. Selagi hayatku, aku untuk kamu!

2. Syukur juga, pengajian aku dah masuk ke klimaks tahun 'pre clinical'. Exam modul yang baru sahaja berlalu amat menduga kecekalan diri ini.tinggal 6 bulan sahaja lagi sebelum melangkah ke dunia clinical~ amin!

3. Hubungan aku dan keluarga semakin manis dan ceria! Ya Allah, ampunkahlah dosa kami sekeluarga, Panjangkanlah usia ibu bapaku, selamatkanlah kami dari kecelakaan dan musibah.Limpahkanlah rahmatMu dan hidayahMu!

4. Aku masih baru: Medic Bowl Tournament menguji kebolehan ku dalam memimpin. Maaf pada sesiapa yang terasa sepanjang majlis berlangsung. Debar dihati lebih dahsat dari apa yang kamu fikirkan. TQ tersangat-sangat kepada my big bro! sorry oit...gaji tarak..setakat makan-makan aku leh la bagi :]

5. Masih sukar nak uruskan rumah seorg diri. Senang sangat bersepah n i really need vaccum cleaner now! Banyak yang aku inginkan. Tapi usaha nak dapatkan terbatas, almaklumlah~ masih penganggur terhormat! ~argkhhh~~~gym,absorber,spek itam,vaccum cleaner~~ nafsu kowt! ahahaha

6. aku makin BULAT~~ cis!


Monday, September 20, 2010

Cinta Dalam Hatiku

Hadir mentari bersama cahaya
cinta dalam hatiku berbunga ceria
menyuluh bahagia sepanjang masa
dari awal permulaan bahtera

syukur diri diterima sempurna
walau kurangnya nampak ketara
kerana engkau permata dijiwa
membuak rindu rasa bahagia

usah dirisau bisikan sengsara
padamu juga aku setia
tempat aku bergantung rasa
buat aku rasa sempurna

tanpaku duga ribut menlanda
harungi juga sentiasa berdua
engkaulah insan penaung di dada
sumber ceria bertaut bahagia

Tapi jujurnya aku merisau
Hilangnya hati biru berkilau
Terasa diri bagai nak sasau
Tiada teman bernama engkau

kukuhlah bersama kita berdua
tersenyum melakar rima bersama
agar tiada duka melanda
kau Cinta Dalam Hatiku selamanya

p/s: sindrom pelik dah kembaliiiii!

Monday, September 13, 2010

selamat Hari Jadi Raya!

salam,

Selamat Hari Raya.. maaf zahir dan batin!
disebalik kesibukan sana sini,
Alhamdulillah, sempat jugak update blog ni..
Banyak benda yang berlaku dan pergi:

14 ogos 2010
Detik yang takkan aku lupa.
Kena demam denggi, siap naik ambulan hantar g hospital.
Merana gak la lebih 10 hari.. sabar je la...dugaan di bulan Puasa..

Naik je kuliah keje bertimbun-timbun..
naik cuti raya ni...exam plak...
kaco stimm je nak rayo (hehehe....)

haha... dalam 10 minit ag... genap la usia ku 23 tahun
amin! nak tunggu orang tersayang call..hehe
segan gak la p beraya... umur 23 patot dah keje...tp aku....hurmmm
insyaAllah...selesai nnt ada la ganjaran untuk org2 yg banyak menolong aku!

14 SEPTEMBER 2010
SELAMAT HARI jadi RAYA ENCIK HAKIMI!