Monday, September 20, 2010

Cinta Dalam Hatiku

Hadir mentari bersama cahaya
cinta dalam hatiku berbunga ceria
menyuluh bahagia sepanjang masa
dari awal permulaan bahtera

syukur diri diterima sempurna
walau kurangnya nampak ketara
kerana engkau permata dijiwa
membuak rindu rasa bahagia

usah dirisau bisikan sengsara
padamu juga aku setia
tempat aku bergantung rasa
buat aku rasa sempurna

tanpaku duga ribut menlanda
harungi juga sentiasa berdua
engkaulah insan penaung di dada
sumber ceria bertaut bahagia

Tapi jujurnya aku merisau
Hilangnya hati biru berkilau
Terasa diri bagai nak sasau
Tiada teman bernama engkau

kukuhlah bersama kita berdua
tersenyum melakar rima bersama
agar tiada duka melanda
kau Cinta Dalam Hatiku selamanya

p/s: sindrom pelik dah kembaliiiii!

2 comments:

raudah said...

rasanya ini bkan lagi sindrom plik tp dh sah dpt penyakit pelik..heheh..pak cik ejaan sila perbetulkn ae...hehehe bwekss:P

aShaBuLz said...

apa yang kau mengarut ni ha...??