Sunday, May 22, 2011

waktu melawat pesakit

salam:

mesti semua pernah ke hospital kan...ada yang dtg sbb nak dpat rawatan. mcm2 rawatan...kecemasan atau yang tak berapa cemas selain yang ske buat cemas.. ada jugak yang dtg sbb nak melawat pesakit.. kalo cik bedah hujung kampung masuk spital...hampir nak satu bas dtg melawat... riuh rendah jadinya wad..sampai ada yang menumpang duduk kat katil sebelah...bgus2... amalan yang baik...

mcm2 orang akan dtg ke hospital untuk bermacam2 alasan... dulu sebelum jadi pelajar medic... pernah gak la aku melawat pesakit kat wad.. tp dtg kejap je...sbb keluarga xske lama2 kat sana...aku ske! ske tgok dr!

aku gak pernah masuk ke hospital.. tahun 2005 dan tahun 2010.. dimasukkan ke wad kerana asthma dan demam denggi. keseluruhannya masuk ke hospital memang tak best... lagi2 kalo waktu orang melawat.. ntah, aku rimas... rimas sbb diorg bising..."weyh! aku xsihat ni... leh plis senyap sikit tak... doakan aku sembuh... n pandai2 la crik jalan nak pulang"... tu dulu la...


kadang2 lepas je balik dr bed side teaching...selalu je dgar orang gaduh ngan pak guard n mak guard.. dulu aku pon ske marah2 mak guard kalo xpat naik n p melawat (masa bkn waktu melawat la)... tp skrg baru aku sedar... nape adanya waktu melawat... mari kita pikirkan kenapa?:

  1. pesakit dihospital perlukan rehat: masuknya pesakit ke wad bukannya kerana mereka ni ske, tp lebih kepada pemantauan yang lebih rapi oleh orang yang berkelayakan.
  2. prosedur dan rawatan: sebagai orang luar, banyak yang tidak diketahuai bahawa teknik2 perubatan adakalanya menyakitkan dan menyeksa kan.. Aku sendiri kelu apabila melihat pemasangan kateter kepada pesakit prostate. Pesakit menjerit2 kesakitan. Adakalanya orang awam akan lebih meburukan keadaan apabila keadaan ini dilihat.. pelbagai cerita akan muncul!
  3. Hospital selain dr mempunyai kakitangan terlatih, terdapat juga para pelajar jururawat, pelajar perubatan dan sebagainya. Apabila adanya sesi pembelajaran.. kerjasama pesakit amatlah diperlukan (kalo dah takde yang setuju, camne nak ada dr nnt??). adakalanya apibla pemeriksaan dijalankan, ada bahagian tubuh badan akan dibuka, "adequate expose" jika pemeriksaan kesakitan abdomen sebagai contoh, bukaan secukupnya adalah dr garis puting (nipple line) hinggalah ke lutut (knee). hal ini pasti menyukarkan jika terdapat orang2 awam yang turut berada di wad pada waktu yang tidak dibenarkan.
banyak lagi sebab2 mengapa waktu melawat perlu dipatuhi... cukuplah yang ini sahaja diulaskan...

p/s: nak g clerk patient untuk sesi bedside esok... nak crik pesakit prostate (Benign Prostatic Hyperplasia)

0 comments: